Kalau bercerita tentang kemudahan, antara golongan yang agak dipandang sepi sejak daulu lagi adalah golongan OKU atau orang kelainan upaya. Ada antara kemudahan yang disediakan di tempat awam adalah kurang mesra dengan batasan yang mereka ada.

Kalau ada kemudahan sekali pun, ia disalah guna oleh golongan yang normal seperti anda. Contoh paling jelas, tempat letak kereta untuk OKU. Kemudahan seperti ini disalah guna oleh golongan yang bukan cacat anggota tapi cacat akalnya.

Tempat letak kereta khas untuk golongan OKU merupakan antara kemudahan untuk OKU yang banyak disediakan tapi banyak kali juga disalah guna. (Sumber gambar: Sinar Harian)

Antara tempat lain yang masih kekurangan daripada segi kemudahan mesra OKU ini adalah sekolah awam. Ini menyebabkan ada murid sekolah yang terdiri daripada golongan OKU sukar untuk mendapatkan pelajaran kerana kemudahan khas untuk mereka.

Disebabkan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menaik taraf semua sekolah di seluruh negara supaya ia lebih mesra golongan OKU. Proses menaik taraf ini akan dibuat secara berperingkat.

BACA JUGA :   DidikTV Alternatif Pendidikan Sewaktu PdPR
Hanya 1 dalam 10 buah sekolah di Malaysia adalah mera OKU. (Sumber gambar: mStar)

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata peruntukan sebanyak RM200,000 akan diberikan kepada setiap sekolah bagi membolehkan usaha menaik taraf ini dibuat. Proses meniak taraf ini melibatkan semua sekolah termasuk sekolah bandar, luar bandar, dan sekolah dengan program pendidikan khas.

“Buat masa ini, hanya terdapat 1,000 daripada 10,000 buah sekolah yang mempunyai kemudahan yang mesra OKU.”

Proses naik taraf sekolah di seluruh negara kepada mesra OKu akan dijalankan secara berperingkat. (sumber gambar: Sinar Harian)

Di Malaysia, sudah ada sekolah yang menawarkan program khas bagi pelajar bekeperluaan khas iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Pendidikan Inklusif (PPI), dan sekolah pendidikan khas.

“Kemudahan berkenaan perlu diwujudkan di setiap sekolah, tambahan pula mulai tahun depan, dasar sifar penolakan permohonan kemasukan ke sekolah bagi murid berkeperluan khas dilaksanakan.

“Murid berkeperluan khas boleh mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI) namun mereka perlu dibuat penilaian sama ada sesuai mengikuti pembelajaran di situ.

“Sekiranya tidak sesuai mereka akan dicadangkan ke PPKI atau sekolah pendidikan khas,” katanya.

Antara kemudahan yang sangat perlu disediakan oleh kerajaan bagi kemudahan tandas mesra OKU di sekolah-sekolah ini. Kalau bukan pelajar yang akan menggunakannya, pelawat yang terdiri daripada ibu bapa yang mungkin daripada golongan OKU boleh menggunakannya.

BACA JUGA :   Lockdown: Kerajaan Mulakan Inisiatif PEMERKASA PLUS

Ramai yang dah berpuas hati dengan produk ni! Anda bila lagi?

Ini adalah sebab mengapa anda harus menyimpan sebotol Marjane Oil Di rumah anda:

  • Harga yang murah dan berbaloi sangat-sangat!
  • Boleh digunakan di seluruh badan
  • Kaya dengan antioksidan. Mana yang tak nak kelihatan tua tu bolehlah cuba Marjane Oil ni!
  • Sesuai untuk semua golongan! Lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang tua? Semua boleh guna

Berminat untuk mendapatkannya? Klik pada link di bawah:

https://www.wasap.my/60132002695

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here