Berita yang mengejutkan apabila Pengerusi Jawarankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletak jawatan di mana ianya berkuasa serta merta. Keputusan itu dibuat selepas sidang media Jawatankuasa Pengadil di Wisma FAM. Pengumuman Subkhiddin Mohd Salleh jelas mengejutkan apabila melepaskan kesemua jawatan EXCO.

Bekas pengadil FIFA itu menjelaskan keputusan tersebut dibuat setelah ahli keluarganya turut menerima kecaman hebat daripada netizen susulan pengadilan yang lemah oleh Suresh Jayaraman ketika aksi final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu FC (TFC) pada 27 Oktober lepas.

Subkhiddin membuat pengumuman tersebut dalam sebuah sidang media. Sumber foto: Stadium Astro

“Bapa saya sudah meninggal dunia dan ada segelintir peminat bola sepak yang menghamburkan kata-kata kesat kepada ahli keluarga saya dalam laman sosial dan saya rasa itu sudah cukup. Saya nak sumbangkan tenaga saya kepada bola sepak Malaysia tetapi bila tidak dihargai, saya minta maaflah, itu prinsip saya”, ulas beliau dalam sidang media.

BACA JUGA :   Malaysia Berpeluang Cerah Jadi Tuan Rumah Piala Dunia FIFA 2034
Kemenangan Perak menutup tirai Piala Malaysia 2018. Sumber foto: sukan tv

Subkhiddin turut mengulas bahawa beliau masih lagi dalam proses membuat surat perletakan jawatan. Sebelum ini, beliau telah digesa oleh Bekas Presiden Bola Sepak Negeri Terenggnu (PBSNT), Datuk Wan Nizam Wan Abdul Hamid agar meletakkan jawatan selepas Suresh Jayaraman gagal menjalankan tanggungjawab, namun itu bukan alasan utama.

Keputusan pengadil Suresh Jayaraman jelas tidak menyenangkan segelintir pihak. Sumber foto: ohbulan.com

Subkiddin telah melantik Jayaraman sebagai pengadil bagi perlawan Piala Malaysia. Berdasarkan pandangan beliau, pemilihan Suresh Jayaraman dipilih susulan mempunyai banyak pengalaman di padang serta pernah menjadi juri Piala Malaysia yang lain. Suresh Jayaraman membuat beberapa keputusan kontroversi termasuk membatalkan dua gol Perak pada aksi final Piala Malaysia yang dikatakan sebagai jaringan sah.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here