The House with a Clock in Its Walls merupakan sebuah filem fantasi Amerika Syarikat di bawah arahan Eli Roth. Sinopsis bagi filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki ke rumah pak ciknya dan menemui kisah mistik tetapi penuh pengembaraan.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam berdekatan bermula hari ini, 29 November 2018. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon yang tidak asing lagi dalam perfileman antarabangsa. Antaranya, Jack Black, Cate Blanchett, Owen Vaccaro dan banyak lagi.

Video sumber ihsan: Universal Pictures

Penerbit Universal Pictures telah pun menayangkan dilem ini pada bulan September lalu dan berjaya menggutip $130 milion. Filem ini juga mendapat repon positif dari para pengkritik filem antarabangsa. Jom kita ketahui beberapa fakta mengenai file mini.

#1. KOS PEMBUATAN FILEM

Filem ini mencatat sejarah tersendiri dalam karya perfileman di bawah arahan Eli Roth. Menurut sumber, pada 12 November, filem ini telah berjaya mengutip $125.8 juta. Banyak bukan! Tidak termasuk lagi catatan panggung di Malaysia lagi. Kos pembuatan filem ini menelan belanja sebanyak $42 juta dan secara tidak langsung memberi pulangan yang lumayan dalam membuat filem ini.

#2. UNSUR SERAM YANG MENARIK

Antara koleksi watak seram. Sumber foto: Universal Pictures

Filem ini menampilkan beberapa watak dari filem seram sebelum ini. Jadi bagi ibu bapa yang ingin memperkenalkan watak seram kepada anak-anak, inilah masanya! Watak seram ini diwujudkan bagi mengurangkan rasa takut anak-anak kepada kisah hantu. – adalah filem yang sesuai dan “mesra” bagi tatapan seisi keluarga.

#3. FILEM “BESTSELLING NOVEL”

Bagi anda yang masih tidak tahu, filem ini dihasilkan selepas mendapat ilham dari buku yang menggunakan tajuk yang sama. Buku ini telah ditulis pada tahun 1973 oleh John Bellairs. Ini adalah novel ke-12 beliau yang ‘hits’. Buku THE HOUSE WITH A CLOCK IN ITS WALLS turut memenangi beberapa anugerah kerana menampilkan genre yang sesuai buat semua golongan umur.

#4. LOKASI YANG SAMA!

Sumber foto:says.com

Terdapat babak yang memaparkan lokasi pengambaran yang sama seperti yang diceritakan didalam buku penulis. Rumah agam didalam filem ini merupakan rumah penulis dimana terletak di Michigan. Rumah agam Cronin telah dibina pada tahun 1872.

Ahli keluarga mereka telah mendiami rumah ini hampir 125 tahun di mana ianya terletak di atas bukit dan dikelilingi oleh pohon yang tinggi. Menurut penduduk tempatan, mereka mempercayai bahawa rumah agam berhantu dan mempunyai unsur mistik.

#5. BARISAN PELAKON

Pelakon yang membintangi The House with a Clock in Its Walls, Jack Black. Sumber foto: Universal Pictures.

Pelakon utama bagi filem ini ialah Jack Black. Nama Jack Black tidak asing lagi dalam industri tempatan. Jack juga pernah membintangi filem yang lain seperti Jumanji:Welcome to the Jungle, Goosebumps 2 dan banyak lagi.

Tunggu apa lagi, jom ke pawagam sekarang!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here