November sudah memasuki pertengahan bulan dan manghampiri Disember. Ini bermakna, cuti sekolah akan tiba tak lama lagi. Sebagai ibu bapa, semestinya anda mempunyai perancangan untuk memastikan masa cuti anak-anak anda terisi dengan baik.

Jadi, ada yang membawa anak-anak mereka pergi bercuti untuk menghabiskan masa cuti yang ada. Atau paling kurang pun, akan ada yang balik ke kampung, lari seketika dripada kesesakan di bandar dan menghabiskan cuti bersama keluarga.

Bercuti dengan anak kecil haruslah dirancang dengan betul. (Sumber gambar: Travelup)

Melancong secara sendirian atau berpasangan sangat berbeza apabila melancong dengan anak-anak kecil. Ragam yang terpaksa anda hadapi adalah berbeza di samping keperluan-keperluan lain yang perlu disediakan.

Untuk membantu anda travel dengan mudah bersama anak-anak kecil, anda boleh cuba tips ini bagi menjadikan perjalanan anda mudah dan lancar!

#1. Rancang Dengan Teliti Sebelum Memulakan Perjalanan

Bukan seperti sewaktu anda bujang atau tidak mempunyai anak dahulu, yang anda boleh pergi melancong tanpa ada perancangan, perjalanan bersama anak kecil memerlukan perancangan yang teliti.

Rancang perjalanan anda sebaiknya bagi memberi keselesaan kepada anak kecik anda. (Sumber gambar: Airtreks)

Pilih lokasi yang memudahkan anda untuk menguruskan anak-anak anda. Yang dekat dengan pelbagai kemudahan. Janganlah anda bawa anak-anak anda ke dalam hutan. Memanglah susah untuk diuruskan segala macam benda.

Susun itinerari yang memudahkan anda untuk anda membawa anak-anak anda menikmati keseluruhan percutian di tempat yang anda pillih. Jangan kerana anda terpengaruh dengan info viral, anda mengabaikan keselesaan anak-anak anda.

#2. Jangan Terlalu Padatkan Itinerari

Anak-anak kecil ini, walau pun aktif tapi mereka pun perlukan masa untuk berehat. Oleh itu, dalam itinerari selitkan masa senggang untuk membolehkan anak-anak anda berehat.

Jangan terlalu padatkan itinerari perjalanan dengan pelbagai aktiviti sehingga boleh meletihkan anak-anak ecil anda. Kalau mereka letih, mereka akan cepat meragam dan dah pasti, mereka akan cepat menangis.

BACA JUGA :   Peranan Bapa dalam Pembangunan Anak
Itinerari yang terlalu padat boleh meletihkan anak kecil anda dan boleh menyebabkan anak anda meragam. (Sumber gambar: Netmums)

Dah rancang itinerari? Tak semestinya anda wajib mengikut itinerari tersebut. Ia adalah rujukan dan anda boleh ubahnya mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

#3. Jangan Biar Anak-anak Bosan!

Kalau anda ambil keputusan untuk mengembara dengan kereta sendiri ke dalam negara, pastikan anak-anak kecil anda tidak bosan sepanjang perjalanan. Kadaang-kadang ada perjalanan yang memakan masa berbelas jam lamanya.

Anak kecil ni aktif dan banyak bergerak. Jadi, perjalanan yang lama dalam kereta akan menyebabkan anak-anak kecil mudah untuk ‘tantrum’ sebab kurang aktiviti. Jadi apa yang anda sebagai mak ayah boleh buat?

Jangan biarkan anak anda bosan sepanjang perjalanan. (Sumber gambar: MiniTime)

Anda boleh bawa buku dan mainan yang boleh anda gunakan untuk mengisi perjalanan yang panjang. Atau, sekiranya anda ada tablet, muatkan dengan rancangan animasi yang bermanfaat dan biarkan masa mereka terisi.

Pelbagaikan antiviti lain yang boleh dibuat. Bukan setakat membaca dan menonton video saja. Ada banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat dalam ruang kereta untuk mengisi masa anak anda.

#4. Biar Anak-anak Pilih Pakaian Mereka

Dah siap merancang dan pilih tempat untuk travel? Sekarang, anda dah boleh bersiap-siap dengan mengemas pakaian untuk dipakai di sana nanti. bukan setakat pakaian ibu bapa, tapi juga pakaian anak-anak.

Haa! Masa inilah sesuai untuk merajinkan anak-anak anda. Biarkan mereka pilih pakaian mereka sendiri untuk dipakai nanti. Ajarkan mereka melipat pakaian sendiri dengan pengawasan anda. Dengan ini, kereka akan menjadi lebih bertanggungjawab.

Biarkan anak anda memilih sendiri pakaian mereka. Lagi baik? Ajar juga kepada mereka untuk melipat baju. (Sumber gambar: Parenting)

Pilih pakaian yang tidak terlalu tebal dan sesuai dengan cuaca. Memandangkan cuaca di Malaysia agak lembab dan panas, pakaian yang nipis dan lembut adalah pilihan yang sangat sesuai.

BACA JUGA :   Berwaspada di Tempat Awam! Ini Tips Yang Anda Boleh Ikuti

Kalau anda merancang untuk bercuti ke negara dengan cuaca yang dingin, baju sejuk adalah satu kewajipan.

#5. Anak Meragam? Alamak! Apa Nak Kena Buat ni?

Anak-anak kecil ni banyak ragam. Lagi-lagi bila merasa tak selesa. Mod tantrum akan datang kalau ia mula merasa tak selesa dengan sesuatu perkara. Panas sedikit pun mereka sudah tak selesa. Jadi apa yang boleh anda sebagai ibu bapa lakukan?

Bawa air minuman untuk anak kecil secukupnya sewaktu melancong supaya mereka tidak terlalu letih. (Sumber gambar: Soccajoeys)

Kalau anda hendak berjalan-jalan sekitar tempat menarik, bawa sebotol air minuman. Anak-anak kecil ini akan cepat haus dan letih. Anda juga boleh sediakan snek yang mudah untuk dimakan bagi mengisi perut ketika berada dalam perjalanan.

Paling penting, anda harus pandai memujuk anak-anak anda sepanjang perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan un dah boleh diberitahu tentang apa aktiviti yang akan dibuat kepada anak-anak anda.

Selamat bercuti daripada kami!

Tahukah Anda?

Terdapat satu satu produk yang mampu menyelesaikan masalah kesihatan anda, iaitu MUSHTANIR. Mushtanir merupakan campuran makanan sunnah dan herba yang terpilih daripada  Jamu Ratu Malaya. Mushtanir mampu membantu anda merawat penyakit kronik, penyakit biasa, masalah rumah tangga dan banyak lagi.

Berita baik buat anda, dengan setiap pembelian Mushtanir, anda akan mendapat senaskhah buku doa-doa sufi secara percuma, selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Dapatkan Mushtanir sekarang! Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang urusan pembelian, layari pautan di bawah:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here