Kalau kita sebut tentang negara popular yang mempunyai empat musim setahun pastinya negara-negara yang terlintas di fikiran kita hanyalah negara seperti Korea, Jepun, Eropah, Australia dan New Zealand tetapi ramai yang kurang mengetahui bahawa bukan negara-negara itu sahaja yang mempunyai kitaran empat musim panas, sejuk, bunga dan luruh tau!

Di sebabkan negara kita hanya menerima hujan dan panas sepanjang tahun, jadi ramailah rakyat-rakyat Malaysia yang ingin mencuba sendiri pengalaman berada di negara yang mengalami perubahan empat musim ini kan? Di sebabkan ini jugalah banyak sekali travel agent’s yang ada di negara kita ini menawarkan pelbagai  pakej pelancongan mengikut musim sesebuah negara itu dan menjadikan musim negara itu sebagai ‘pelaris’ kepada pelanggan mereka untuk memilih musim yang mereka ingin rasai.

Mungkin buat mereka yang tidak mahu meninggalkan sempadan Asia, kebiasaannya akan memilih untuk merasai empat musim di Jepun dan Korea manakala buat mereka yang ingin keluar jauh sedikit kebiasaannya memilih negara Eropah sebagai destinasi mereka untuk merasai sendiri pengalaman cuaca yang berlainan selain hujan dan panas sepanjang tahun seperti di negara kita ini. Tapi tahukah anda bukan itu sahaja pilihan yang anda ada untuk merasai empat musim?

#1. POLAND

Jika anda merupakan seorang yang meminati musik klasik, sains, sejarah dan seni visual, bandar Warsaw di Poland ini menawarkan segala yang anda inginkan semasa bercuti nanti!

Ramai yang tidak mengetahui bahawa negara yang terletak di Eropah Tengah ini sebenarnya mempunyai pelbagai jenis tarikan yang menarik untuk dikunjungi yang pasti akan menjadikan pengalaman melancong anda ke negara Eropah ini sesuatu yang diingati.

Apa yang boleh membuatkan anda teringatkan tentang percutian di Poland ini termasuklah keindahan perubahan empat musim yang terdapat di negara ini dan jangan lupa jika anda memilih untuk melawati negara ini pada musim bunga dan musim panas, pastikan anda tidak lupa untuk singgah ke ‘Vistula River’ untuk mengamati keindahan semula jadi di negara itu sambil makan-makan di foodtruck yang ada.

Jika anda nak berski pun, Poland lah tempat yang sesuai untuk anda jadikan destinasi pelancongan semasa musim sejuk.

Musim luruh : September – November

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Menerusi Program Madrasah Daulah.

Musim sejuk : Disember – Februari

Musim bunga : Mac – Mei

Musim panas : Jun – Ogos

 

#2. RUSIA

Selain negara Poland, anda juga boleh Rusia sebagai destinasi pelancongan empat musim anda yang pastinya tidak akan mengecewakan anda.

Negara terbesar di dunia ini mempunyai pelbagai jenis tarikan bandar bersejarah, monumen, landskap dan pemandangan semula jadi yang pasti akan  membuatkan anda terkesima dengan apa yang ditawarkan di negara ini walaupun proses untuk anda mendapatkan visa untuk memasuki negara ini sedikit sukar tetapi ianya sangat berbaloi.

Rusia juga mempunyai tarikan empat musim pada bulan-bulan tertentu. Jika anda memilih untuk melawat negara ini ketika musim sejuk yang kebiasaanya pada bulan Disember sehingga Februari, anda akan mendapati bahawa hari siang di Rusia lebih singkat berbanding hari malamnya lebih panjang. Anda akan turut merasai perubahan hari siang dan malam lebih singkat atau lebih lama mengikut musim-musim yang lain juga.

Apa yang lebih menarik, setiap cuti empat musim ini di sana, mereka mempunyai cuti-cuti peristiwa yang mereka sambut terutamanya pada cuti musim panas. Pada cuti musim panas kebiasaannya pelajar-pelajar tidak akan ke sekolah kerana cuti musim panas.

Jika anda nak merasai pengalaman untuk memetik buah strawberi, anda bolehlah memilih untuk melancong ke negara ini pada bulan Jun iaitu pada bulan pertama musim panas mereka.

Musim bunga : Mac – Mei

Musim panas : Jun – Ogos

Musim luruh : September – November

Musim sejuk : Disember – Februari

 

#3. MESIR

Selain piramid yang merupakan keajaiban semula jadi yang anda di sana, Mesir juga mempunyai banyak tarikan lain termasuklah cuaca empat musim yang di alami di sana. Pasti anda yang tidak sangka bahawa negara padang pasir ini mempunyai empat musim kan?

Mesir terletak pada dua zon iklim. Pantai Laut Mediterranean mempunyai cuaca subtropika dan seluruh wilayahnya pula berada dalam zon gersang. Musim sejuk di Mesir ini tidaklah bersalji seperti di negara-negara empat musim yang lain tetapi anda jangan pandang sebelah mata tau cuaca sejuk semasa musim itu!

Musim sejuk di Mesir adalah musim berangin tetapi tidaklah seteruk yang anda sangkakan. Pada musim ini jugalah ianya merupakan masa yang sesuai untuk anda lawati Mesir kerana harga barangan ketika dua minggu pertama bulan Disember adalah rendah dan cuaca angin serta laut pada ketika ini masih tidak terdedah kepada cuaca sejuk lagi.

BACA JUGA :   Paru-paru ‘Popcorn’ Berpunca dari Vape

Musim panas : Jun – Ogos

Musim bunga : Mac – May

Musim luruh : September – November

Musim sejuk : Disember – Februari

 

BUKAN SAHAJA BOLEH MELANCONG!

Jika anda sudah lama mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan destinasi menyambung pelajaran dan bukan hanya sebagai tempat pelancongan yang mempunyai empat musim, kami syorkan kepada anda supaya menjadikan destinasi-destinasi negara empat musim yang kami telah senaraikan di atas sebagai pilihan anda!

Banyak kelebihan yang anda boleh perolehi jika belajar di luar negara termasuklah dapat menyelami dengan lebih mendalam lagi tentang sesuatu negara itu serta budaya mereka yang selama ini anda hanya ‘Google’ sahaja. Selain itu, anda juga boleh melawati tempat-tempat menarik yang ada di sana.

Negara-negara seperti Rusia, Poland dan Mesir mempunyai banyak universiti terkemuka dunia yang boleh anda jadikan pilihan berdasarkan course yang anda inginkan dan sudah semestinya negara-negara ini menawarkan pendidikan bertaraf dunia serta turut diiktiraf oleh badan-badan dunia.

KAMI YANG ANDA CARI!

Anda perlukan bantuan? Tidak tahu agensi pembelajaran yang menawarkan pelajaran ke luar negara yang boleh dipercayai dan menawarkan universiti-universiti terbaik dengan yuran berpatutan?

Daulah EduConsult sedia untuk membantu anda untuk menyambung pelajaran ke luar negara bagi mencapai masa depan anda yang cerah kerana melalui perkhidmatan dari Daulah EduConsult, tiada apa yang mustahil untuk menyambung pelajaran di luar negara lagi!

Daulah EduConsult menawarkan universiti-universiti terbaik dan terkenal bagi bidang perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, syariah dan banyak lagi! Anda juga boleh mendapatkan khidmat konsultasi percuma dari Daulah EduConsult.

Kemasukkan bagi tahun 2019 dibuka!

RUSIA : FEB 2019

POLAND & MESIR : SEPT 2019

Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

JADI TUNGGU APA LAGI? MARI SAMBUNG PELAJARAN KE LUAR NEGARA BERSAMA DAULAH EDUCONSULT!

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here