Siapa sahaja yang tidak suka bercuti kan? Lagi-lagi jika mendapat peluang untuk bercuti di negara orang yang sudah lama kita idamkan untuk pergi menjejakkan kaki di sana. Memang boleh dikatakan rakyat Malaysia semuanya kaki travel sehinggakan Tourism Malaysia sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah rakyat Malaysia melancong ke luar negara kini melebihi daripada yang sepatutnya.

Difahamkan bahawa kebiasaan negara-negara lain hanya 10 peratus sahaja daripada populasi negara berkenaan yang melancong ke luar negara tetapi kadar peratusan rakyat melancong ke luar negara di negara ini melebihi 10 peratus.

Mana kan tidaknya jika kita sering didedahkan dengan promosi syarikat penerbangan tambang murah dan laman mencari hotel yang sering menawarkan promosi โ€˜gila-gilaโ€™ yang boleh mengaburi mata sesiapa sahaja yang melihat tawaran pelancongan murah dan kebanyakkan rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 sangat sukakan cabaran serta pengalaman yang mereka akan dapati semasa melancong ke luar negara. Itulah sebabnya mengapa rakyat negara kita sangat sukakan melancong ke luar negara.

Selepas sekian lama merancang untuk melancong, pastinya kita mahukan percutian yang sudah kita rancang berjalan dengan lancar tetapi adakah anda benar-benar tahu apakah yang anda perlu lakukan semasa melancong ke negara orang yang pertama kali anda jejakkan kaki? Adakah anda tahu apakah langkah keselamatan yang anda perlu lakukan untuk mempersiapkan diri anda apabila berdepan dengan perkara yang tidak diingin di sana?

Kami sarankan anda untuk mengikut 6 langkah mudah ini semasa anda melancong ke luar negara :

# 1. PASTIKAN ANDA MEMBUAT SALINAN DOKUMEN PENTING

Amat penting sekali untuk anda membuat โ€˜back-up planโ€™ dengan membuat banyak salinan dokumen-dokumen penting tentang diri anda seperti passport, tiket kapal terbang, visa, kad insurans perubatan dan rekod diri anda yang penting. Perancangan seperti ini akan membantu anda apabila kemungkinan anda akan menghadapi situasi yang tidak diingini seperti rompakan, dokumen hilang atau rosak.

Pastikan anda sudah menyediakan awal-awal segala salinan dokumen penting ini sebelum anda berlepas ke negara orang untuk melancong dengan email kan segala dokumen-dokumen berkenaan kepada diri anda sendiri supaya anda akan boleh mengakses segala dokumen penting yang anda perlukan itu dengan menggunakan telefon bimbit sahaja apabila berlaku sesuatu kepada anda semasa melancong.

#2. JANGAN BAWA SEGALANYA SEKALI

Untuk mengelakkan berlakunya kecurian, anda dinasihatkan supaya jangan meletakkan segala duit, kad kredit / debit, kad pengenalan dan lain lain dalam bag dompet anda!

Apa yang anda boleh lakukan ia dengan menyimpan kad-kad penting dan menghadkan amaun duit yang anda perlukan untuk seharian ketika melancong dalam peti keselamatan yang ada di bilik hotel anda atau menyimpannya di tempat yang tidak dapat diketahui oleh pencuri dan bukannya menyimpan segalanya di poket seluar dan backpack anda yang mudah untuk memberi laluan kepada pencuri untuk mengambil barang-barang anda semasa keadaan sesak atau ketika anda leka.

BACA JUGA :   Meneroka Bumi Rusia Sambil Menuntut Ilmu

Amat penting juga untuk anda menyimpan wang kecemasan semasa melancong kerana jika berlaku kecurian atau rompakan, anda sekurangnya mempunyai wang kecemasan yang boleh digunakan. Satu tips yang kami boleh syorkan kepada anda di mana untuk menyimpan wang kecemasan tersebut daripada pengetahuan pencuri ialah di belakang sikat rambut atau di poket rahsia backpack anda. Pastikan juga anda menyorokkan kad kredit / debit anda juga ya!

#3. BELAJAR SENI MEMPERTAHANKAN DIRI YANG ASAS

Tips penting buat kaki travel wanita di luar sana semasa anda melancong terutamanya jika anda melancong secara solo!

Pastikan anda mengetahui sedikit sebanyak seni mempertahankan diri yang asas bagi mempertahankan dan menyelamatkan anda apabila berhadapan dengan penjahat. Anda tidak perlu tali pinggang hitam untuk mempertahankan diri anda.

ย Sebelum pergi melancong, anda bolehlah mempelajari serba sedikit seni mempertahankan diri yang asas dan mudah untuk dipelajari di internet atau YouTube. Selain itu, pastikan juga anda turut membawa bersama barangan yang boleh membantu anda untuk bersedia apabila berhadapan situasi sebegitu seperti membawa โ€˜pepper-sprayโ€™ di dalam poket seluar anda.

Jika pencuri inginkan telefon bimbit anda, berikan sahaja kepada pencuri itu kerana nyawa anda lebih berharga! Telefon boleh dibeli semula tetapi bukan nyawa anda. Ingat tu!

#4. BAWA BERSAMA โ€˜FIRST-AID KITโ€™

Kemalangan dan kecederaan boleh berlaku di mana-mana sahaja kan? Begitu juga ketika anda sedang melancong. Perkara sebegini tidak mustahil akan berlaku dalam masa kita sedang seronok melancong menyelami negara orang.

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, ianya idea yang bagus jika anda membawa bersama peti pertolongan cemas atau โ€˜first-aid kitโ€™ dalam backpack anda ketika melancong. Kami cadangkan kepada anda supaya anda membawa โ€˜waterproof adventure first aid kit.โ€™

Anda mungkin tidak memerlukannya tetapi mungkin ianya berguna kepada orang lain!

#5. PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI INSURANS PELANCONG

Anda pasti menyangka yang anda tidak akan memerlukannya sehinggalah anda benar-benar sedar bahawa anda sangat memerlukan insurans pelancongan ini semasa melancong. Kami sarankan kepada anda yang memilih untuk melancong dalam tempoh masa yang lama untuk mengambil insurans pelancongan ini daripada agensi-agensi insurans yang ada di negara kita.

Jika anda begitu risau untuk melancong dengan membawa barang-barangan mahal dan berharga seperti kamera dan laptop, dengan bantuan insurans pelancongan ini anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh mendapatkan semula wang bagi barangan anda yang hilang semasa melancong!

Jadi ini merupakan antara langkah alternatif yang bagus untuk anda pertimbangkan kerana jika berlaku apa-apa kehilangan atau perkara yang tidak diingini ketika anda melancong, sekurangnya anda tidak perlu risau kerana anda akan mendapat semula wang pampasan bagi barangan yang hilang itu.

#6. PAKAI PAKAIAN YANG BERSESUAI

Memang betul, masa bercutilah masa untuk kita pakai pakaian yang cantic-cantik untuk OOTD di Instagram. Kami faham minat dan kemahuan anda itu tetapi anda harus ingat juga bahawa cara pemakaian anda sebenarnya memainkan peranan yang penting jika berada di negara orang.

BACA JUGA :   Ini Adalah Kegunaan Lain Kopi Yang Anda Tak Tahu!

Pemakaian yang salah akan membuat penjahat senang untuk mengecam anda sebagai seorang โ€œpelancong.โ€ Biasakan diri untuk memakai pakaian yang kurang memberi tumpuan kepada anda di khalayak ramai untuk mengelakkan diri anda menjadi mangsa curi.

 

UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA SEMASA MELANCONG!

Dalam keseronokkan kita melancong pastinya kita mahukan perjalanan melancong kita sesuatu memori yang akan diingati bukan? Jadi ianya amat penting untuk anda mementingkan keselamatan diri sendiri dan mereka yang bersama anda daripada sebarang bahaya yang tidak dingini. Pastikan anda mengikuti 6 tips mudah melancong yang kami senaraikan kepada anda ini kerana ianya pasti akan membantu anda.

Tidak kisahlah sama ada anda ingin melancong ke luar negara mahu pun dalam negara sekali pun, keselamatan diri amatlah penting dan diberikan keutamaan selain daripada menangkap OOTD semasa bercuti.

ย Begitu juga dengan anda yang mengambil keputusan yang lama untuk berada di luar negara seperti menyambung pengajian. Pastikan anda mengikuti tips keselamatan ini dan membuat sedikit selidikan tentang negara yang anda pilih. Anda juga haruslah bertanya kepada penduduk tempatan di sana tentang kejiranan yang selamat untuk anda tinggal jika anda tidak mahu duduk di asrama universiti anda. Jangan takut untuk bertanya mereka bagi tujuan keselamatan anda.

INGIN MELANCONG SAMBIL BELAJAR?

Anda sedang mencari negara yang sesuai untuk menyambung pelajaran anda ke peringkat yang lebih tinggi? Anda minat melancong dan dalam masa yang sama ingin menyambung pelajaran? Kami mempunyai jawapan buat anda yang tercari-cari universiti bersesuaian untuk menyambung pelajaran!

DAULAH EDUCONSULT AKAN MEMBANTU ANDA KE LUAR NEGARA!

Dengan menggunakan perkhidmatan Daulah Educonsult Sdn.Bhd, mereka akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda itu dan menjanjikan kepada anda hanya universiti-universiti terbaik dunia sahaja yang akan ditawarkan kepada anda!

Dengan menggunakan perkhidmatan dari Daulah Educonsult anda sudah selangkah untuk menjadi graduan universiti terkenal dunia kerana tempat anda telah seratus peratus pasti dan dijamin. Daulah Educonsult akan membantu anda menguruskan segala urusan anda untuk melanjutkan pelajaran ke sana serta turut menyediakan khidmat konsultan buat anda secara percuma.

Usah ragu-ragu dengan perkhidmatan yang Daulah Educonsult tawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar ke melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di luar negara.

Sambil mencari ilmu, anda juga boleh melancong ke negara tau!

BERMINAT?

Daulah Educonsult Sdn.Bhd merupakan agensi pengurusan pembelajaran pelajar-pelajar ke luar negara yang berpengalaman dan dipercayai. Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

ย 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here