Nampak gayanya ‘trend’ lompat parti kini semakin rancak dilakukan dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan yang terkini, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam pula dikatakan bakal mengikut langkah Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Seri Adib Adam untuk meninggalkan UMNO.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu dikatakan mungkin bakal meninggalkan parti itu pada petang hari ini dan bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Difahamkan menurut sumber dari Astro AWANI, bahawa isu bekas Ketua Menteri Melaka itu untuk meninggalkan UMNO sudah hangat diperkatakan menerusi aplikasi Whatsapp lagi.

“Ali Rustam keluar UMNO mungkin petang ini. Isu ini sudah hangat di beberapa kumpulan sistem pesanan WhatsApp.

BACA JUGA :   "Saya Ahli UMNO, Cuma Tidak Berdaftar" - Azwan Ali
sumber : thestar.com.my

“Setakat ini yang diketahui hanya Ali Rustam, belum ada cerita pula mengenai status Datuk Seri Idris Haron,” menurut sumber dari Astro AWANI.

Sebelum ini, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka ada menyatakan hasratnya untuk membawa bersama dua lagi bekas Ketua Menteri iaitu Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Datuk Seri Idris Haron untuk mengikut jejaknya meninggalkan UMNO dan beralih kepada parti BERSATU. Nampak gayanya pujukan bekas Ketua Menteri itu membuahkan hasil kerana telah berjaya memujuk Tan Sri Ali Rustam untuk bersama-sama menyokong perjuangan parti BERSATU.

sumber : Astro AWANI

Tan Sri Rahim Tamby Chik telah mengumumkan bahawa beliau telah keluar dari UMNO pada 16 Disember yang lalu selepas beliau mengatakan bahawa tiada lagi kemampuan yang dilihat mampu menggerakkan UMNO untuk berjuang mempertahankan bangsa Melayu kerana kesilapan pemimpin parti itu. Beliau turut menjelaskan bahawa tindakannya untuk meninggalkan parti itu dilakukan secara sukarela tanpa desakan mana-mana pihak.

BACA JUGA :   Ku Nan Dakwa Media Putar Belit Kenyataan, Kerajaan Jadi Mangsa

Beliau kemudiannya menyerahkan borang keahlian kepada untuk menyertai parti BERSATU pada Jumaat lalu bersama lebih 100 ahli baharu.

Bagaiamana pun, setakat ini masih tidak diketahui sama ada Datuk Seri Idris Haron bakal meninggalkan parti itu juga atau pun tidak selepas Tan Sri Ali Rustam kerana masih tiada berita mengenainya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here