Ini Dia Cara Untuk Elakkan Duit Milik Anda Dalam Bank Lesap

0
2866

Hujung minggu lepas mungkin antara yang hari minggu yang paling teruk buat sebahagian orang. Duit yang disangkakan selamat di dalam akaun bank tiba-tiba dimaklumkan telah lesap. Jumlah yang lesap bukannya sedikit, ada yang mencecah beribu ringgit!

Kejadian duit hilang ni hanya berlaku kepada yang memiliki akaun bank di Bank CIMB dan aktif menggunakan produk perbankan dalam talian, CIMB Clicks.

Duit Lesap Lepas Dapat Mesej Tertentu.

Pelanggan yang menjadi mangsa ini telah membuat posting di Facebook berkenaan kejadian yang telah menimpa mereka dan perkongsian mereka itu telah dikongsi oleh pengguna Facebook yang lain.

?????Sotong betulla… ?????CIMB clicks ni uolls… hati2 lah siapa nk gaji Esok Lusa… Masa nk log in tngok…

Posted by Amiratul Farhana Azizan on Sabtu, 15 Disember 2018

⚠️⚠️⚠️ Scam Alert!!! ⚠️⚠️⚠️⚠️My CMIB* Bank account (Debit Card to be precise) has been unknowingly hacked, and as a…

Posted by Mohamad Nazri on Jumaat, 14 Disember 2018

Kejadian duit ghaib daripada akaun bank ini juga telah mencetuskan kegusaran dan kerisauan kepada semua yang memiliki akaun bank tersebut terutama sekali bagi yang ada simpanan yang masih selamat.

Bank Terkemuka Pun Kena godam.

Ada yang mendakwa kejadian duit ghaib ni adalah kerana sistem keselamatan bagi CIMB Clicks telah digodam oleh pihak tertentu menyebabkan duit yang disimpan oleh sebahagian pelanggan telah lesap.

BACA JUGA :   JABATAN IMIGRESEN “PERKETATKAN” PERTAHANAN MALAYSIA.

CIMB juga telah mengemas kini sistem keselamatan dengan tambahan beberapa ciri baharu pada CIMB Clicks, juga didakwa antara mengapa ada duit yang telah lesap dalam akaun.

“Sistem Kami Tak Pernah Digodam”

Dalam perkembangan terbaru, CIMB telah menafikan tuduhan yang endakwa laman CIMB clicks telah dgodam oleh pihak tertentu seperti yang didakwa oleh beberapa pihak berkenaan kejadian duit ghaib yang mengemparkan Malaysia.

“Kami ingin memaklumkan bahawa laman CIMB Clicks kini telah ditambah dengan beberapa ciri baharu bagi memberikan pengalaman yang lebih selamat kepada oengguna ketka menggunakan CIMB Clicks”

Ada sumber yang mengatakan bahawa ini adalah berpunca daripada sistem keselamatan yang rapuh dan membolehkan pihak luar mengakses maklumat dan ‘menyedut’ duit para pelanggan.

Jadi, macam mana nak kekal selamat ketika sedang mengakses laman perbankan dalam talian ni? Kami kongsikan sedikit tips untuk elakkan anda daripada menjadi mangsa duit lesap.

#1. Jangan Guna Wi-Fi Awam Untuk Akses

Siapa yang tak suka dengan wi-fi free? Laju, percuma, dan mudah. Tapi kena tahu wi-fi free ni sebenarnya tak selamat. Wi-fi awam ni adalah lubuk untuk penjenayah siber menyedut segala data peribadi yang tak dilindungi.

#2. Tukar Kata Laluan Dengan Kerap

Bila kali terakhir anda tukar kata laluan servis internet banking? Kata laluan yang dah lama tak ditukar juga adalah tak selamat kerana dinding keelamatan yang sudah lapuk. Langkah ni bukanlah langkah paling berkesan, namun ia sebagai satu ikhtiar.

BACA JUGA :   Isu Malaysia-Korea Utara: Adakah Keselamatan Malaysia Terancam?

Ibaratkan kata laluan ini seperti dinding kayu, kalau masih baharu memang sangat kukuh. Tetapi kalau sudah lama, ia akan mereput. Sama seperti kata laluan. Sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan sekali.

#3. Log keluar bila dah selesai.

Ini yang selalu orang lupa nak buat. Bila anda dah selesai urusan di laman perbankan, jangan sesekali lupa untuk log keluar daripada laman tersebut. terutama sekali bila anda mengakses di computer yang bukannya milik anda seperti di kafe siber.

#4. Awasi E-mel Yang Nampak “Pelik”

Kalau anda menerima satu e-mel daripada bankm anda, SEMAK DUA KALI SEBELUM KLIK! Berkemungkinan link yang diberikan adalah umpan phishing yang boleh mengakibatkan segala data anda disedut keluar tanpa pengetahuan.

Ikhtiar Khasiat Herba Bidara Dengan Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah

Tahukah anda herba bidara bukan sahaja digunakan untuk menghalau mahluk halus tatpi juga sangat bermanfaat untuk tubuh badan?

Kini, khasiat herba bidara boleh anda dapati dalam bentuk gel mandian dengan produk Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah. Hanya yang berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Maklumat lanjut boleh berhubung melalui talian:

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here