Kementerian pengangkutan hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang membawa anak-anak ke sekolah dalam jumlah yang ramai perlu mendaftar. Tindakan ini diambil sebagai suatu penyelarasan dalam sistem pengangkutan. Undang-undang baharu ini akan mula dikuatkuasakan bermula tahun hadapan.

Menteri pengangkutan Anthony Loke. Sumber foto: Bernama

Menurut sumber dari The Star, terdapat sejumlah nombor pendaftaran kereta yang tidak didaftar. Hal ini berikutan terdapat segelintir ibu bapa yang menghantar anak mereka menggunakan pengangkutan rakan di kejiranan mahupun dalam sebuah taman perumahan. Ini mungkin terjadi kerana anak-anak mereka bersekolah di sekolah yang sama. Penjaga hanya perlu membayar kos pengangkutan dan kos minyak sahaja kepada pemandu.

Namun begitu, perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu apabila 30 tahun dahulu terdapat juga pengangkutan lain yang harus didaftarkan. Pendaftaran ini akan dikuatkuasakan berikutan bagi menjamin keselamatan anak-anak sepanjang perjalanan ke sekolah. Pendaftaran ini juga sebagai langkah menunjukkan pemandu mengambil kira mengenai faktor keselamatan anak-anak.

BACA JUGA :   Sekolah Pertama Menggunakan Sistem Biometrik Untuk Pelajar.
Keselamatan amat diperlukan dalam melindungi anak-anak dari terlibat dengan sebarang malapetaka. Sumber foto:pic6.com

Bagi ibu bapa mahupun penjaga yang menghantar sendiri anak-anak ke sekolah, tidak perlu mendaftar. Menurut laporan, hanya satu bas sahaja yang digunakan untuk mengambil anak-anak di sekolah dimana ianya sangat tidak mencukupi. Pendaftaran yang baharu ini akan membiayai insurans anak-anak kesekolah dalam sepanjang perjalanan ke sekolah.

Kesimpulannya, pendaftaran ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran buat ibu bapa mahupun penjaga mengenai keselamatan anak-anak sepanjang berada di luar rumah terutamanya tanpa pengawasan. Kementerian pengangukutan juga akan mengusulkan mengenai perkara ini dan akan membuat kertas kerja mengenai pendaftaran kenderaan peribadi ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here