Jaguh badminton negara Datuk Wira Lee Chong Wei kini akan beraksi semula sepenuhnya pada tahun hadapan. Julai lalu, beliau telah mendapatkan rawatan di Taiwan setelah disahkan menghidap penyakit kanser hidung peringkat awal. Orang ramai turut serta pihak Badminton Association of Malaysia (BAM) melahirkan rasa simpati terhadap beliau.
Sumber video: FH TV
Menurut sumber dari Astro Awani, pemain kelahiran Penang ini masih menjalani rawatan pemulihan di Taiwan berikutan nasihat daripada doktor pakar di sana. Pemenang pingat perak dalam sukan Olimpik di Rio 2016 itu masih lagi tidak memberi kata putus mengenai penyertaan beliau dalam Kejohanan All England 2019 yang akan berlangsung pada Mac.

Datuk Wira Lee Chong Wei mengulas perkara lanjut semasa menjadi duta rasmi minuman isotonik 100PLUS bagi tempoh dua tahun akan datang (2019/2020). Pemain berusia 36 tahun ini melahirkan rasa syukur atas kerjasama dengan 100PLUS setelah menaja beliau hampir 12 tahun. 100PLUS turut melahirkan hasrat untuk menaja beliau dalam sukan Olimpik Tokyo akan datang. Beliau turut tidak mengulas sama ada akan sertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 jika keadaan kesihatan yang mengizinkan.

Sementara itu, Datuk Wira Lee Chong Wei menambah bahawa beliau akan berada di Stadium Nasional Bukut Jalil bagi menyaksikan perlawanan Piala Suzuki AFF 2018. Menurut sumber dari Bernama, beliau akan turun padang menyaksikan Harimau Malaya bertanding bagi menewaskan pasukan lawan dari Vietnam. Perlawanan ini akan diadakan pada 11 Disember 2018 (Selasa).
Beliau turut melahirkan rasa berkobar dan berharap agar skuad kendalian Tan Cheng Ho dapat mengulangi pencapaian juara pada Piala AFF Suzuki 2010. Orang ramai mendoakan agar kesejahteraan Datuk Wira Lee Chong Wei agar sihat dan teruskan menyumbang bakti pada negara.