Upaca pengebumian selama empat hari George H.W. Bush telah berakhir semalam. Jasadnya kini dikebumikan di perkuburan keluarga mereka. George H.W. Bush akan dikebumikan bersebelahan mendiang isterinya, Barbara Bush. Barbara Bush meninggal dunia pada usia 73 tahun. Begitu juga berdekatan dengan kubur anak mereka, Robin yang meninggal akibat penyakit leukimia.

Mendiang dibawa keluar dari gereja. Sumber foto:bbc.com

 

Menurut sumber dari Reuters, upacara yang diadakan dengan penuh kehormatan bagi memperingati jasa yang dicurahkan oleh George H.W Bush buat rakyat Amerika Syarikat. Turut kelihatan dalam upacara itu ialah bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama serta isteri Michelle Obama, dan juga jawatan tertinggi dalam White House. Mendiang telah disemadikan di perpustakaan rasmi beliau bedekatan di Texas.

BACA JUGA :   The Rock Ingin Menjadi Presiden Amerika Syarikat Pada Masa Akan Datang?

 

Turut kelihatan ialah ahli keluarga beliau. Sumber foto: bbc.com

Dalam upacara pengebumian itu, jenazah George H.W.Bush dibawa menaiki tren sepanjang 130 kilometer (80 batu) untuk sampai ke kawasan perkuburan keluarganya. Sepanjang hayatnya, George Bush telah menyumbangkan tenaga serta keringat dalam memastikan kesejahteraan Amerika Syarikat terjamin.

Kibaran bendera diadakan sepanjang mendiang George Bush diibawa ke Texas. Ihsan foto: bbc.com

Sedikit info mengenai beliau, George Bush dilahirkan pada 6 Julai 1946 merupakan ahli politik dan ahli perniagaan yang berjaya. Beliau telah diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-43 pada tahun 2001 sehingga 2009.kemenangan ini peroleh selepas menewaskan pihak lawan Al Gore. Sebelum ini, beliau juga merupakan Gabenor Texas yang ke -46 bermula tahun 1995 sehingga tahun 2000. Beliau yang membesar di Texas dan mendirikan rumah tangga dengan Laura Welch pada tahun 1977.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 telah cecah 4.41 juta di seluruh dunia

Peninggalan beliau merupakan satu ingatan buat penduduk Amerika Syarikat serta dunia. Bagi pembaca yang ingin melihat upacara rasmi pengebumian George Bush boleh tekan di sini.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here