Pasukan Harimau Malaya tiba di Vietnam bagi meneruskan perlawanan akhir menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini. Kedatangan Harimau Malaya ke Vietnam kini hanya dengan satu tujuan, membawa pulang trofi Piala AFF Suzuki 2018. Pasukan Malaysia kini semakin kuat dengan benteng pertahanan daripada Aidil Zafuan Abd Razak dan Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak.
Pemain tengah dan pertahanan kiri sebelum ini terpaksa diketepikan bagi mengambil kira faktor kecederaan yang dialami. Namun kini, kedua pemain ini sudah bersedia beraksi untuk “membaham” naga emas. Kedua mereka kini kembali bagi memantapkan barisan terakhir skuad negara selepas meraih seri 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Selasa lalu.
Skuad yang dikendali oleh Tan Cheng Hoe tidak dapat menafikan bahawa kehadiran kedua pemain tersebut memberi “nafas lega”. Tan Cheng Ho mengulas bahawa sebelum ini Muhammad Syahmi Safari digantung dalam satu perlawanan kini dapat beraksi semula menentang Vietnam. Semestinya Piala AFF Suzuki 2018 adalah perlawanan yang sengit buat skuad negara untuk mengulang semula sejarah Piala AFF Suzuki 2010.
Tidak dinafikan melalui perlawanan Vietnam dan Malaysia pada Selasa lalu membuktikan Vietnam bersedia untuk meruntuhkan kubu pertahanan skuad Harimau Malaya. Dari segi perlawanan, Vietnam jelas mempamerkan aksi yang tangkas serta bijak mengambil peluang seandainya Harimau tersilap langkah dan hilang fokus.
Tan Cheng Hoe berkata, pihaknya akan mengubah sedikit dari segi perubahan formasi terutamanya pada bahagian kubu pertahanan selepas meneliti bahawa banteng itu mudah dibolosi oleh naga emas. Beliau turut berharap agar pemain kekal fokus ketika menentang Vietnam pada malam Sabtu.
FAM pada malam semalam turut menghentikan penjualan tiket Final Piala kedua di Stadium My Dinh, Hanoi. Ini berikutan tiket yang sudah habis terjual dan kenyataan ini dibuat secara rasmi oleh FAM.