2019 lagi kurang 12 jam akan menjelma dan antara persoalan yang paling utama setiap kali Tahun Baru menjelang adalah; apa azam menjelang tahun baru ni? Tapi, yang paling penting adalah, azam tahun sebelum ni dah tercapai ke?
Mesti ada dalam kalangan anda yang telah menyenaraikan berjela-jela azam untuk ditunaikan wal tahun ini untuk dicapai tapi hasilnya? Anda boleh nilai sendiri. Kalau ada yang dah tercapai, tahniah untuk anda!
Tapi bagi yang asyik kecundang, sama seperti tahun-tahun sebelum ni, anda dah malas nak tetapkan azam untuk dicapai dalam tahun baharu kerana tahu ia takkan tercapai. Azam ni sebenarnya adalah benda yang penting, sebagai kayu ukur untuk apa yang mahu dicapai sepanjang tahun.
Bagaimana kalau kami dedahkan rahsia paling besar abad ini untuk memastikan anda boleh mencapai setiap azam yang anda tetapkan setiap kali menjelang tahun baru? Nak tahu lebih lanjut? Jangan exit daripada artikel ini!
#1. Fikirkan Cara Untuk Capai Azam
Bila ditanya apa azam, anda mesti akan nyatakan matlamat yang ingin dicapai, mesti aka nada yang senaraikan saja. Kuruskan badan, dapatkan kerja, nak buat bisnes, tak nak jadi boros, dan macam-macam lagi.
Setakat senaraikan saja, memang takkan jadi apa-apa. Seperti anda mengharapkan azam anda itu akan jadi sekadar azam yang takkan ditunaikan. Jadi, macam mana nak pastikan azam itu boleh dicapai? Mudah saja!
Apa kata di samping anda senaraikan azam yang ingin dicapai, anda senaraikan sekali cara untuk anda nak capai azam anda tu.
Sebagai contoh, azam nak jadi lebih sihat. Anda mesti senaraikan sekali perkara-perkara yang akan and buat untuk memastikan azam ini boleh dicapai seperti bersenam dengan lebih kerap dan makan makanan yang lebih menyihatkan.
#2. Spesifiklah Sikit!
Anda dah tetapkan azam anda untuk tahun baru ni? Bagus. Anda dah tahu cara yang akan anda gunakan untuk mencapai azam anda tu nanti? Bagus! Anda tertinggal satu lagi langkah paling penting iaitu spesifikkan apa yang anda nak capai.
Bila anda dah tahu apa yang sebenarnya anda nak capai nanti, yang seterusnya adalah mudah dan senang untuk anda sendiri. Ambil contoh nak kurus menjelang tahun baru ni. paling penting untuk anda tahu berapa banyak anda nak kurangkan.
Bila anda jadi spesifik dengan azam anda sendiri, lebih mudah untuk anda merancang bagaimanakan untuk mencapai azam yang dah ditetapkan.
#3. Komitmen! Komitmen! Komitmen!
Kata orang, kalau tak bersungguh dalam melakukan sesuatu perkara tu, anda takkan mudah nak capai apa saja, termasuklah azam anda tu. Rancang teliti mana sekali pun untuk nak capai azam anda tu tapi kalau anda sendiri kurang komitmen, takkan jadi apa pun!
Nak rajin untuk mencapai azam ni buknnya mudah. Mesti, akan ada banyak benda yang terpaksa dikorbankan bagi memastikan azam anda itu boleh dicapai dan tidak tertunggak lagi.
Komitmen ini adalah faktor individu. Rajin atau tak bergantung kepada usaha seseorang untuk mencapai apa yang diinginkan. Walau pun pada awal artikel ini difokuskan pada proses nak mencapai azam anda, tapi hasil usaha atau pun matlamat akhir harus dijadikan motivasi untuk anda terus komited bagi mencapai azam anda tahun ini.
Selamat Menunaikan Azam Tahun Baru!
Anda dah merancang cara nak menunaikan azam anda tahun hadapan? Bagus! Semoga tahun mendatang adalah yang terbaik dan apa yang anda rancangkan akan menjadi kenyataan.