Memupuk sifat membaca adalah salah satu nilai murni yang digalakkan bagi setiap peringkat umur. Begitu juga belajar membaca seawal usia, menurut sumber dari tirto.id, kanak-kanak yang belajar membaca seawal usia mempu memiliki daya ingatan yang lebih lama. Bagi orang dewasa, sifat membaca juga membawa mereka ke ‘alam fantasi’ yang baru dan dapat meneroka dunia semasa.

Banyak buku yang boleh dijadikan contoh mahupun pengajaran dalam hidup hanya dengar membaca dan belajar mengenai kisah hidup daripada buku sahaja. Di sini terdapat beberapa buah buku yang disenaraikan dapat memberi teladan mahupun motivasi kepada pembaca.

#1. BILLION DOLAR WHALE

Sebuah buku karangan Tom Wrigh dan Bradley Hope khas buat pembaca di seluruh dunia. Buku ini boleh dikatakan ‘hangat’ di pasaran Malaysia. Hal ini demikian kerana, buku ini mengisahkan jalan hidup seorang ahli perniagaan yang berasal dari Malaysia.

Jho Low, ahli perniagaan ini telah membawa fenomena yang baharu apabila berjay ‘melesapkan’ sejumlah wang rakyat Malaysia untuk kepentingan diri. Buku ini seterusnya memberi pengajaran kepada dunia bagaimana sifat tamak akhirnya memakan diri sendiri.

#2. I WII TEACH YOU TO BE RICH

Hasil idea daripada Ramit Sethi telah mengasaskan sebuah buku bagi membantu pembaca mengawal belanjawan mereka. Buku ini juga mempunyai persamaan dengan buku ‘The Millionaire Next Door’.

BACA JUGA :   Rebut Peluang Sambung Belajar Bidang Pra-Perubatan dan Perubatan Di Kursk State Medical University Tahun 2021/2022

Buku ini juga memberi pembaca untuk membuat belanjawan yang bijak. Masih ramai lagi netizen di luar sana yang berbelanja bagi kepuasan mereka sendiri seperti membeli barang yang berjenama dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin lebih berjimat cermat dan menggunkan wang selebihnya bagi tujuan kecemasan, anda boleh membeli buku ini. Buku ini sangat membantu dari segi perbelanjaan harian, pendidikan, tujuan kecemasan dan sebagainya.

#3. CREATIVE CONFIDENCE: UNLEASHING THE CREATIVE

Buku yang diterbitkan pada 2013 ini sudah semestinya memberi sedikit kelainan berbanding buku yang lain. Hasil tulisan daripada Tom Kelly dan David Kelly telah berjaya meraih anugerah ‘Bestselling Author of the Art of Innovation’.

Buku ini mendidik pembaca bagaimana cara untuk menjadi lebih kreatif dalam kehidupan. Sebelum ini juga, penulis telah menerbitkan buku yang lain mengenai menjalani cara hidup yang lebih inovasi. Pembaca pastinya tidak mahu melepaskan peluang bagaimana untuk menjadi lebih inovasi dan kreatif dalam kehidupan.

#4. THE POWE OF HABITS

Buku karangan oleh Charles Duhigg pastinya akan memberi motivasi kepada anda. Tidak dinafikan, setiap manusia pasti ingin berjaya dalam kehidupan disamping membantu yang tersayang seperti ibu bapa.

BACA JUGA :   Wahh Bestnya Berjalan-jalan di Medan. Banyak Tempat Yang Menarik.

Melalui dunia internet yang semakin luas, anda akan mendapat sebuah pengalaman yang berbeza untuk menjana lebih pendapatan. Buku ini mengisahkan kehidupan Charles Duhigg daripada seorang mekanik menukar arah kerjayanya kepada seorang jutawan yang berjaya.

Buku semestinya ilmu pengetahuan hidup sepanjang hayat. Anda seharusnya memiliki salah sebuah buku ini. Terdapat juga beberapa buah buku yang lain yang boleh dijadikan pengajaran. Bagi ingin mencapai sesuatu keinginan sangat susah namun ianya tidak mustahil.

Bagi anda yang ingin menyambung pengajian ke luar negara boleh terus hubungi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult adalah salah sebuah agensi yang menguruskan kemasukan pelajar ke luar negara. Terdapat lebih daripada sepuluh bidang yang ditawarkan di negara yang berbeza.

Salah sebuah agensi yang dipercayai dan telah berkhidmat lebih daripada sepuluh tahun. Bagi anda yang ingin ketahui lebih lanjut boleh mendaftar di sini. Tunggu apa lagi, sambung pengajian anda ke luar negara dengan Daulah Educonsult.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here