Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa parti pimpinannya bersedia untuk menerima mana-mana ahli UMNO yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Perkara ini disambut baik oleh beliau selepas sesetengah pihak yang mempersoalkan kemasukan ahli UMNO ke dalam parti Bersatu.

Tun Dr. Mahathir. Sumber foto thestar.my

Namun begitu, terdapat beberapa perkara perlu diambil kira sebelum menerima bekas ahli UMNO. Sumber dari Bernama, Pengerusi Bersatu ini turut menyatakan beberapa penilaian akan diambil kira. Perkara ini termasuklah bukan penyokong kuat bekas Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Najib.

Beliau turut mengulas bahawa permohonan mereka akan diteliti dan begitu juga dengan tingkah laku mereka sama ada layak menyertai parti ini mahupun tidak.Syarat tertentu juga akan dikenakan buat ahli Bersatu yang akan datang terutamanya dari parti UMNO.

BACA JUGA :   Barisan Nasional Sudah Lama Terkubur. - Dr Mahathir.
Datuk Seri Mohamad Hasan antara ahli yang keluar daripada parti. Sumber foto: NSKINI

Beliau turut memaklumkan bahawa mana-mana ahli yang akan datang daripada UMNO tidak akan memegang mana-mana jawatan dalam parti sama ada melalui pilihan raya akan datang. Ini secara tidak langsung dapat memberi kepercayaan kepada rakyat untuk terus berpegang kepada parti PH.

Tun Dr. Mahathir jelas menolak mana-mana ahli UMNO yang mempunyai sokongan kuat terhadap Datuk Seri Najib menyertai Bersatu. Ini bagi menghindari ahli Bersatu yang akan datang mempunyai sikap “gunting dalam lipatan” sertai parti dan memburukkan Bersatu.

Datuk Wira Mas Ermieyati yang keluar daripada pasti pada awal Julai lalu. Sumber foto: Astro Awani

Kemasukan ahli baharu daripada UMNO yang akan datang secara tidak langsung dapat menarik pengundi dan kepercayaan rakyat. Begitu juga dengan pengundi yang berada di kawasan kampung, ini merupakan peluang besar bagi Parti Pakatan Harapan (PH) menarik pengundi pada pilihan raya yang akan datang.

BACA JUGA :   Istana Johor Umum Tubuh Gabungan Baru Ambil Alih Kerajaan Negeri

 

 

Tun Dr. Mahathir juga berkata, terdapat banyak lagi ahli UMNO yang berkata buruk mengenai beliau dan ini jelas akan memburukkan reputasi Bersatu.

Seperti sedia maklum, pepecahan UMNO dilihat semakin menjadi selepas terdapat lebih ramai ahli UMNO yang mempunyai jawatan tinggi dalam parti meletakkan jawatan. Perletakan jawatan ini secara langsung telah memberi impak buat UMNO dan peluang besar buat PH bagi mentadbir negara. Namun begitu, segala keputusan juga akan dibincang dengan parti yang lain agar kata sepakat dapat dibuat.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here