Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kini menggalakkkan orang ramai untuk mempelajari lebih daripada satu bahasa. Beliau juga berkata bahawa pihak kementerian sangat komited untuk menjadikan rakyat Malaysia mahir dalam bertutur bahasa lain. Pihak kementerian kini telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada tempatan dan luar negara bagi memastikan hasrat ini tercapai.

Sumber Bernama, “pada 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu.

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Sumber foto: Tourism Selangor

“KPM telah menggariskan 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara, satu daripadanya ialah memperkasakan penguasaan pelbagai bahasa dalam kalangan pelajar termasuk Melayu, Inggeris dan Arab serta menggalakan mereka mempelajari bahasa asing lain,”katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ucapan perasmian sempena sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia (WALD 2018) di sini, semalam.

BACA JUGA :   Kolej Dar al-Hikmah Realisasikan Impian Golongan Pekerja Untuk Sambung Pengajian Menerusi Program Modular

Dr. Maszlee berkata selepas menghadiri Program WALD 2018 bermula 16 hingga 21 Disember yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) dengan kerjasama World Organization for Reinassance (WORAL), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO). Sumber foto: Edarabia

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ISESCO atas usaha pihak berkenaan dalam memartabatkan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Seminar itu ihadiri pakar Bahasa Arab dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Brunei, Kemboja, Vietnam dan China.

Beliau turut berharap agar rakyat Malaysia mempelajari bahasa ketiga ini dan teruk memupuk semangat belajar bahasa asing. Penguasaan bahasa lain mampu membolehkan anda untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar dengan lebih mudah serta secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here