Malaysia akhinya telah menempah tiket ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018. Semalam merupakan sejarah berulang selepas Malaysia menewaskan Thailand di Stadium Bangkok, Thailand. Menang seri dengan 2-2 hasil tendangan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-70. Usaha menjaringkan gol diteruskan lagi dengan tendangan mantap oleh Syahmi Safari selepas menjaringkan bola dari jarak jauh pada minit ke-28.
Kejayaan ini ini ibarat Malaysia bakal melakar sejarah buat kali kedua selepas memenangi Piala AFF Suzuki 2010 menewaskan pasukan Indonesia. Walaupun ketiadaan Safee Sali selaku penjaring gol terbanyak pada 2010 lalu, diharapkan pemain baru yang dikendalikan di bawah Tan Cheng Ho mampu memberi nafas baru. Sukan bola sepak negara kini menunjukkan prestasi yang memberansangkan selepaskan mengalahkan pasukan lawan sebelum ini sebelum mara ke final.
Antara gandingan baharu yang diperkenalkan oleh FAM terdiri daripada Safawi Rasid (21), Akhyar Rashid (19) dan Syahmi Safari (20). Ini merupakan wajah baharu yang menghangatkan perlawanan dalam Piala AFF Suzuki 2018. Perlawanan Piala AFF Suzuki diteruskan lagi dengan Filipina menentang Vietnam pada malam ini jam 8:30 malam. Perlawanan sebelum ini telah menyaksikan Vietnam menewaskan Filipina dengan 2-1. Segala keputusan rasmi akan umumkan di dalam portal rasmi FAM.
Bagi perlawanan akhir akan bersiaran langsung pada 11 Disember 2018 jatuh pada hari Selasa. Manakala perlawanan yang kedua akan berlangsung pada 15 Disember 2018. Diharapkan agar segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan buat pasukan kebangsaan. Sudah pastinya rakyat Malaysia menantikan kemenangan berulang semula.