Pasti ramai ibu bapa muda di luar sana yang sudah mempunyai anak kan?

Orang kata daripada anak pertama inilah ibu bapa muda yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata nak belajar cara untuk memahami dan menguruskan anak-anak mereka. Sudah pastilah baby yang baru sahaja dilahirkan ini akan dijaga dengan baik oleh ibu bapa dan mereka akan memerhatikan setiap perlakuan baby mereka.

Kadang kala setiap perubahan nafas, bunyi dan bersin yang dilakukan oleh baby juga boleh membuatkan ibu bapa muda ini terfikir apa yang sebenarnya tidak kena jika baby mereka kerap bersin.

“Adakah baby mereka demam? Adakah baby berasa sejuk? Apa sebenarnya baby mereka alami jika banyak bersin dalam sesuatu masa?”

Pasti soalan-soalan seperti ini pernah berlegar-legar di fikiran ibu bapa muda di luar sana. Jangan risau kami akan beritahu kepada apa penyebabnya si manja anda mengalami situasi kerap bersin seperti ini.

 

#1. APA PENYEBABNYA?

Agak-agak anda apa penyebabnya ya?

Sebenarnya bersin merupakan sesuatu keadaan yang anda tidak perlu risau pada baby anda kerana ianya merupakan sesuatu yang sihat. Jika baby anda kerap bersin, ini bermakna bahawa sistem saraf mereka berfungsi dengan betul kerana bersin sebenarnya reflex yang dikawal oleh sistem saraf.

BACA JUGA :   Winky Drypants : Feel The Magic With Winky

Ianya merupakan keadaan yang biasa bagi baby yang baru lahir untuk bersin, meludah, menguap, menggigit, menyentuh dan sendawa.

Baby yang baru dilahirkan ini akan bersin dengan kerap kerana mereka perlu untuk lakukannya. Mereka mempunyai saluran hidung yang lebih kecil daripada orang dewasa dan mungkin perlu untuk membersihkan hidung mereka dengan lebih kerap daripada orang dewasa kerana baby lebih kerap mengalami hidung tersumbat.

Baby yang baru lahir bernafas melalui mulut mereka sebagai sebahagian daripada perkembangan mereka. Disebabkan ini, ianya boleh menyumbang kepada bersin kerana mereka masih ingin menyesuaikan diri dengan pernafasan melalui hidung.

Selain itu, mengapa mereka kerap bersin juga ialah untuk menyingkirkan apa apa sahaja dari susu ibu kepada lender, asap rokok serta debu-debu yang berada di udara. Pastikan anda tidak merokok berdekatan dengan bayi ya!

 

#2. BERSIN ITU NORMAL

Jika baby anda kerap bersin, kadang-kala ianya bukanlah disebabkan mereka mengalami demam. Mereka menggunakan bersin sebagai sistem pertahanan semula jadi terhadap berbilion kuman yang tersumbat dengannya semasa pengenalan mereka kepada dunia.

BACA JUGA :   Bayi Yang 'Hilang', Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh

Baby kesayangan anda akan terdedah kepada banyak kuman dalam sesuatu masa jadi dengan bersin sahajalah cara untuk mereka melindungi diri mereka daripada dunia yang terdedah kepada berbilion-bilion kuman ini.

#3. BERSIN SEBAGAI TANDA SAKIT

Bersin bukanlah semata-mata tanda baby yang baru lahir itu sihat dan kadang kala ianya juga merupakan satu petanda yang menunjukkan mungkin baby anda tidak beberapa sihat.

Sering bersin pada baby yang baru lahir juga boleh menjadi petanda jangkitan kepada pernafasan mereka. Untuk mengelakkan perkara sebegini melarat, anda dinasihatkan supaya cepat-cepat berjumpa dengan doktor sekiranya baby anda bersin serta mengalami gejala tambahan seperti :

  • Batuk
  • Masalah pernafasan
  • Tidak mahu menerima makanan
  • Keletihan yang berlebihan
  • Demam pada atau di atas 100.4°F 

Bersin dalam kalangan baby yang baru sahaja lahir memang normal tetapi anda masih harus ingat jika si manja anda mengalami tanda-tanda lain, cepat-cepat bawa mereka berjumpa dengan pakar ya!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here