Harga minyak sawit yang masih terumbang ambing jelas membimbangkan pengusaha minyak kelapa sawit. Februari tahun ini telah menunjukkan harga minyak kelapa sawit meningkat namun turun pada bulan yang berikutnya. Hal ini berikutan permintaan pasaran yang semakin menurun dari semasa ke semasa ditambah lagi dengan dagangan yang semakin kemuncak.

Seperti sedia maklum,menurut Majlis Minyak Kelapa Sawit Malaysia (Malaysia Palm Oil Council) minyak kelapa sawit adalah komoditi yang utama bagi negara Malaysia. Pada 2017, negara telah mengeksport sebanyak 16.56 tan minyak kelapa sawit di seluruh dunia. Harga minyak pada awal tahun ini mencapai purata RM2, 487 per tan pada Januari lalu.

Pada Februari tahun ini juga telah menunjukkan peningkatan dengan RM2, 488 per tan. Terkini pada 26 Disember telah menunjukkan harga minyak kelapa sawit semakin menurun dengan RM1,903 per tan. Satu perbezaan yang ketara dan jelas membimbangkan banyak pihak.

BACA JUGA :   Rakyat Gembira Tentang Pembayaran Royalti Minyak Terus Ke Kerajaan Negeri

Malaysia merupakan antara negara kedua terbesar dalam pengeluaran minyak kelapa sawit selepas negara jiran, Indonesia. Sehubungan dengan itu, Parlimen Perancis telah mengambil keputusan untuk mengetepikan minyak kelapa sawit.

Keputusan ini telah memberi tamparan yang hebat buat banyak pihak yang lain.               Kementerian Indusitri Utama, Teresa Kok telah mengecam keputusan yang diambil oleh Dewan Negara Perancis dalam mengetepikan minyak kelapa sawit sebagai bahan mentah biodiesel.

Menurut sumber dari Bernama, Teresa Kok menegaskan langkah itu tidak wajar sama sekali dan menganggu kehidupan rakyat negara sebagai pengeluar utama. Minyak kelapa sawit diketepikan kerana telah mendapat undian oleh ahli Parlimen Perancis yang lain.

Beliau turut menyatakan keputusan yang diambil adalah tidak wajar kerana ianya bertentangan dengan prinsip perdagangan bebas dan adil. Melalui pengesahan undi daripada Dewan Negara Perancis untuk mengetepikan minyak kelapa sawit memberi impak besar kepada berjuta-juta kehidupan dan kehidupan ekonomi negara yang lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here