Pelumba kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018, Mohd Hafiz Nor Azman maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam sebuah perlumbaan motor di Bandar Penawar, Kota Tinggi semalam. Berita kematian pemain berusia 22 tahun ini telah disahkan secara rasmi melalui laman portal Facebook Malaysian Cub Prix pada jam 8:45 malam semalam.

Ihsan video: Bernama WebTV

Menurut sumber daripada Bernama, video berdurasi 1:21 minit menyaksikan perlumbaan Mohd Hafiz Nor Azman bersama pemain lain sebelum kejadian. Namun begitu, Allahyarham dipercayai terbabit dalam kemalangan tersebut sewaktu menyertai perlumbaan akhir kategori CP150. Allahyarham merupakan anak kepada bekas pelumba sebelum ini, Nor Azman Mad Darus.

BACA JUGA :   Kemalangan Maut Membabitkan 4 Sekeluarga Termasuk Bayi
Sumber foto: Stadium Astro

Bapa mangsa turut mengulas bahawa punca kemalangan berlaku kerana penhadang di tepi litar tersebut tekeluar. Perkara ini secara tidak langsung terkena pada bahagian badan anaknya. Jika dapat dilihat di dalam video di atas, pelumba di hadapan Allahyarham telah terlanggar penghadang litar seterusnya terseret di tengah jalan.

 

Kemalangan itu berlaku susulan pelumba pasukan PETRONAS Spinta Yamaha-CKJ Racing memulakan perlumbaan di petak pertama. Difahamkan, Allahyarham sah meninggal dunia sejurut tiba di Hospital Kota Tinggi selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku pada jam 4 petang.

Sumber dari hmetro.com, rakan mangsa Fakhrusy Syakirin berkata, kemalangan berlaku ketika pusingan akhir perlawanan.

“Saya hanya melihat kemalangan itu melalui video di tempat perlumbaan. Saya nampak dia jatuh dan bahu tersangkut pada pagar yang terbuka separuh yang menyebabkan dadanya terkena pagar. Motosikal dia juga terseret.”

BACA JUGA :   Acara Maraton Bertukar Tragedi di China
Sumber foto: sinarhatian.com

Rakannya juga menyifatkan mangsa merupakan seorang rakan yang tidak kedekut dalam berkongsi ilmu mengenai dunia permotoran. Allahyarham juga mempunyai sifat yang tidak pernah berputus asa disamping dangat fokus ketika dalam perlumbaan. Pemergian Mohd Hafiz Nor Azman tidak dapat dilupakan dan arwah merupakan seorang pelumba yang dikagumi selain mengharumkan sukan dalam bidang permotoran.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here