Jika anda selalu pulang ke kampung halaman, kadar bayaran tol yang dikenakan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pengguna lebih raya. Dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) PRU-14 adalah memansuhkan tol dengan sedaya yang mungkin. Perkara ini akan disuarakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar bayaran tol sekali gus memansuhkan tol di negara ini menjelang Mei 2019.

Sumber foto: Limau madu

Sumber dari Bernama, perkara ini juga akan dibicang dengan juruaudit bebas yang bertauliah di mana akan dilantik bermula Januari 2019. Ini secara tidak langsung dapat membantu kerajaan dalam mencari mekanisme dalam setiap jangka masa. Beliau juga berkata, Jemaah Menteri telah memberi kelulusan kepada JKR dalam mengemukakan cadangan mekanisme yang terbaik dalam tempoh enam bulan.

BACA JUGA :   Berbelas Lagi Tokoh Korporat Pro-BN Akan Dibuang Dalam 50 Hari Pertama PH Memerintah

“Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia sedang dalam proses melantik jururunding bagi menjalankan kajian hala tuju lebuh raya bertol di Malaysia ini,” katanya menjawab soalan Senator Mohamad Imran Abd Hamid iaitu  bilakah manifesto PH mengenai penghapusan kutipan tol boleh dilaksanakan, pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.

Bayaran tol yang tinggi jelas membebankan rakyat. Sumber foto: sinarharian.com

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah disamping tanggungjawab juruaudit dalam melaksanakan tugas yang diberi. Setiap perincian perlulah diambil kira bagi memenuhi hasrat kerajaan serta marhaen.

Menurut beliau, kementeriannya serius bagi menjalankan tanggungjawab mengkaji pengurangan kadar dan pemasuhan kadar tol dan sebab itulah Bengkel Hala Tuju Industri Lebuh Raya telah dianjurkan pada September lepas di kementerian yang melibatkan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

BACA JUGA :   Harga Rumah Akan Jadi Murah Selepas Pelaksanaan SST?
Sumber foto: Perak Today

Namun begitu, beliau turut berkata bahawa segala keputusan juga perlu diambil kira atas faktor kewangan kerajaan. Seperti sedia maklum, beban yang ditanggung oleh kerajaan juga merupakan manifesto ini tidak dapat dilaksanakan. Penghapusan tol ini akan dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila kewangan negara sudah stabil.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here