Mungkin selepas ini kita tidak lagi akan melihat pelajar-pelajar sekolah mengalas beg sekolah yang dipenuhi buku-buku teks yang berat untuk mereka bawa setiap hari ke sekolah kerana Kementerian Pelajaran hari ini mencadangkan bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah di negara kita akan mula menggunakan buku teks digital ini secara menyeluruh menjelang tahun 2022.

Penggunaan buku teks digital ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut tingkatan dan tahun ianya akan dilaksanakan bagi setiap tingkatan. Menurut Teo Nie Cheng yang merupakan timbalan menteri di Kementerian Pendidikan berkata bahawa cadangan bagi perlaksanaan penggunaan buku teks digital ini akan dimulakan pada tahun hadapan bermula dengan pelajar Tingkatan 1,2 dan 3.

BACA JUGA :   Tips Hebat Untuk Elakkan Anak Menangis Sebelum Masuk Sekolah!

Menjelang tahun 2020 pula, penggunaan buku teks digital interaktif akan diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan menjelang tahun yang seterusnya, ianya akan dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan 1,3 dan 4 pula.

“Manakala bagi buku teks digital interaktif, kementerian bercadang untuk mewujudkannya untuk pelajar Tingkatan 3 pada 2020. Manakala pada 2021 pula kementerian akan menyediakan buku teks digital interaktif untuk pelajar Tingkatan 1,3 dan 4.

“Untuk tahun 2022 buku teks digital interaktif akan disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

 Nampaknya negara kita turut mengikut langkah negara maju seperti  Korea Selatan yang sudah mengaplikasikan penggunaan buku teks digital atau e-book sejak tahun 2015 lagi manakala di U.S pula, penggunaan e-book ini baru sahaja diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di sana pada tahun lepas.

BACA JUGA :   Sambung belajar di Mesir tanpa SPM & STAM

Timbalan Menteri itu turut berkata bahawa dengan memperkenalkan penggunaan buku teks digital ini kepada pelajar-pelajar di sekolah akan membantu mereka untuk mendapatkan pengetahuan melampaui bilik darjah mereka  selain daripada dapat mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks.

 Harap-harapnya pembelajaran menggunakan peranti elektronik ini akan dilaksanakan secara menyeluruhlah kepada semua pelajar-pelajar sekolah kerana sudah lama kita mendengar tentang cadangan untuk menukar cara pembelajaran di sekolah yang menggunakan buku tetapi sehingga sekarang ianya tidak dilaksanakan secara menyeluruh.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here