Kejadian berlaku di Kota Tinggi, Johor Bharu apabila kapal dagang MV AMANDA terbalik lalu karam kira-kira 3.3 batu nautika timur Tanjung Sepang. Punca kejadian berlaku akibat mengalami kerosakan pada janakuasa dan menyebabkan roda tidak berfungsi dengan baik.

Enam anak kapal warga Bangladesh dan China telah berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Namun begitu, terdapat lagi tiga mangsa yang dilaporkan hilang selepas dibadai ombak di perairan Tanung Sepang.

“Kapten kapal sudah membuat ‘full astern’ namun kapal tidak dapat berundur kerana ombak terlalu kuat. Selepas itu ombak menolak kapal terbabit dan bertembung dengan kapal lain menyebabkan kapal Amanda terbalik dan karam,” ulas Kapten kapal dalam satu kenyataan.

BACA JUGA :   Kluster Baru Di Pasar Borong Beijing

 

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diperluaskan susulan daripada kejadian ini. Percarian telah diperluaskan ke 120 batu nautika persegi bermula dari kawasan kapal berkenaan terbalik.

Menurut sumber dari Bernama, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Maritime Rescue Sub Centre (MRSC Johor) telah bertindak sejurus menerima maklumat mengenai kapal MV Amanda itu yang karam pada jam 2 petang Selasa.

Beliau turut melahirkan perasaan khuwatir andai kapal berkenaan hanyut ke perairan antarabangsa. Dua mangsa yang telah berjaya dijumpai mati mana seorang lagi warga asing masih lagi hilang. Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 23 tahun sehingga 51 tahun terdiri daripada tujuh warga Bangladesh dan dua warga China.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar Luar Negara di Bangladesh

Sebanyak tiga buah kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin telah ditugaskan bagi membantu operasi berkenaan. Pasukan selam juga telah diarahkan untuk bersiap sedia bagi membantu mencari mangsa yang hilang.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here