Kejadian yang berlaku di Georgetown apabila sembilan pendaki dilaporkan hilang pada 25 Disember lalu. Insiden ini menemui titik nokhtah apabila kesemua pendaki itu berjaya ditemui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malayisa (JBPM). Aduan ini dibuat oleh salah seorang pendaki yang mendakwa bahawa mereka sudah tersesat di sebuah kawasan tertentu dii Bukit Bendera.

Kesemua pendaki dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal. Menurut kenyataan daripada Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, kesemua pendaki telah ditemui pada jam 1:05 pagi tadi. Kesemua pendaki terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita yang berusia dalam lingkungan 24 tahun sehingga 61 tahun.

Menurut sumber daripada Bernama, berdasarkan koordinat yang telah diberikan oleh pasukan penyelamat, pendaki itu ditemui kira-kira 1 kilometer ke barat daya dari stesen puncak Bukit Tinggi. Dua jentera daripada Balai Bomba Bagan Jermal dan Paya Terubong menghampiri pendaki setelah berjaya menemui mereka.

Sembilan mangsa yang terlibat dikenali sebagai Lim Sang Yang, 51; Cheng Chang Hua, 61; Chan Che Chen, 60; Yap Heng Leong, 39; Ho Cheng Meng, 60; Eng Gin Weh,18, dan Tam Han Gen, 33, serta dua wanita Tan Kah Oii, 24, dan Ambika, 35.

Bukit Bendera adalah salah satu kawasan “kegemaran” bagi sekumpulan pendaki untuk mencuba sesuatu yang baharu. Penang Hill Corporation (PHC) adalah sebuah agensi kerajaan yang menguruskan Bukit Bendera. Menurut jurucakap mereka, para pendaki kebiasaannya akan memulakan aktiviti pada petang dalam anggaran 7 petang.

Pengurus Besar, LL Cheok berkata, pihak mereka sentiasa menasihati para pendaki mengelak daripada mendaki pada waktu malam bagi menggelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Perkara itu termasuklah sesat di dalam hutan dan digigit oleh reptilian yang berbisa.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here