Pengusaha stesen minyak masih mengharapkan agar kerajaan menimbang semula secara positif mengenai kadar kenaikan komisen. Perkara yang diusulkan adalah menaikkan kadar komisen petrol dan diesel bagi menampung kos operasi. Tidak dinafikan bahawa kos operasi juga semakin meningkat saban tahun.

Perkara ini membuatkan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda) terpanggil untuk menyuarakan bantahan tersebut. Presidennya Datuk Abu Samah Bachik berkata, pihak mereka berharap agar kerajaan menimbangkan sebaik mungkin mengenai isu yang dibangkitkan.

Jika perkara ini tidak dibendung, beliau khuwatir jika terdapat segelintir pengusaha stesen minyak terjejas dan berkemungkinan juga terpaksa “gulung tikar”. Sumber dari Sinar Harian, “Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menuntut kerajaan menaikkan kadar komisen petrol dan diesel”.

BACA JUGA :   Akhirnya Harga Minyak Turun. Rakyat Gembira Dengan Pengumuman Ini.

Beliau turut menyatakan bahawa pengusaha minyak terpaksa mengurangkan tempoh operasi harian iaitu dari 24 jam kepada 18 jam sahaja. Kawasan operasi ini akan turut melibatkan kawasan sekitar bandar terutamanya. Ini berikutan tidak mendatangkan keuntungan kepada pengusaha stesen minyak.

Jika sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa bermula 1 Januari 2018, harga bahan api termasuk RON 95 akan mula diapungkan secara mingguan. Melalui ini, satu perjumpaan telah diadakan bagi membincangkan hasil keputusan kerajaan melibatkan 3,500 pengusaha minyak seluruh negara. Justeru, PDAM telah meminta kerajaan menaikkan kepada 15 sen setiap liter susulan kali terakhir kanaikkan itu dubuat pada 10 tahun lalu.

BACA JUGA :   Akhirnya Harga Minyak Turun. Rakyat Gembira Dengan Pengumuman Ini.

Memorandum ini telah diserahkan sendiri oleh Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz selaku Presiden PDAM kepada Tun Dr. Mahathir di Putrajaya baru-baru ini. Pendekatan ini terpaksa dilakukan memandangkan margain keuntungan yang rendah disebabkan pelaksanaan harga apungan mingguan bakal menyebabkan operasi stesen minyak terjejas.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here