Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr. Zeti Aziz telah mengumumkan akan menghentikan Program Amanah Dana Anak Malysia (ADAM50) pada hujung tahun ini. Menurut sumber dari Bernama, keputusan ini dibuat berdasarkan maklum berikutan hanya 25 peratus bayi sahaja yang mendaftar melalui program ini.
Tambahannya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 10 juta bagi program berkenaan dan telah digunakan sepenuhnya oleh kerajaan bagi membantu rakyat.
“ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) dan prestasi 2018 dan tinjauan 2019 di sini, hari ini.
ADAM50 adalah program yang telah diperkenalkan dengan kerjasama PNB bagi bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh 1 januari 2018 sehingga 2022 dengan dana tabungan sebanyak RM 200. Namun begitu, tiada sambutan daripada orang ramai menyebabkan program ini terpaksa dihentikan.
Objektif utama ADAM 50 adalah untuk menanam serta menggalakkan budaya menabung serta pelaburan kepada rakyat Malaysia seawall bayi baru lahir. Kesan positif juga terdapat jika mengamalkan sifat menabung ini. Namun begitu, anda masih lagi boleh mendaftarkan anak anda yang lahir pada 2017 sehingga tamat program ini iaitu Mac 2019.
Bagi anda yang ingin tahu tentang kebaikan ADAM 50 dan selebihnya, boleh tekan di sini. Jika anda ingin terus mendaftar boleh tekan di sini untuk maklumat lanjut.