“I’m Popeye the sailor man, I’m Popeye the sailor man, I’m strong to the fin-ich, Cause I eats me spin-ach, I’m Popeye the sailor man”

Jika anda lahir pada zaman 90-an sudah pastinya anda mengetahui lagu tema siri animasi itu yang pernah terkenal pada zaman dahulu. Siapa sahaja tidak mengenali watak animasi Popeye The Sailor Man yang bertubuh sasa dan suka memakan sayur bayam kan?

Kami pasti anda pasti rindu akan zaman siri animasi itu pernah ditayangkan pada suatu masa dahulu tetapi apa kata anda ubatkan kerinduan anda terhadap siri animasi zaman muda anda dengan menonton semula siri animasi Popeye ini yang kini telah diberikan nafas baharu!

Sempena menyambut ulang tahun yang ke-90 pada tahun hadapan, King Features mengumumkan bahawa siri animasi itu akan kembali dengan tajuk ‘Popeye’s Island Adventure’ yang akan ditayangkan di laman penstriman YouTube yang sudah boleh mula untuk ditonton.

BACA JUGA :   Kenapa Nama Planet Melayu Lain dengan Bahasa Inggeris?

Apa yang lebih menarik tentang siri animasi Popeye kali ini, ianya diberikan nafas baru daripada pelbagai aspek termasuklah perubahan jalan cerita dan juga rupa watak-watak itu sendiri yang bersesuai dengan tahun 2018 .

Popeye versi kali ini, anda akan dapat menyaksikan konflik utama di antara Popeye dengan watak Bluto yang sasaran asalnya untuk mencuri sayur-sayur bayam milik Popeye untuk digunakan sebagai sumber untuknya mendapatkan ‘power’ seperti Popeye. Watak Olive Oyl yang merupakan satu-satunya watak wanita utama dalam siri Popeye tidak akan dijadikan sebagai watak perempuan dalam kesusahan bahkan kali ini watak Olive Oyl akan mengikuti kesemua pengembaraan Popeye.

Sempena ulang tahun siri Popeye yang ke-90, siri ini bukan sahaja membuat comeback menerusi animasi pendek yang akan ditayangkan di YouTube malah akan turut dilancarkan semula Kelab Kartun Popeye EC Segar dalam bentuk media cetak, digital dan sosial yang akan menampilkan bakat pelukis dan ilustrasi serta perkongsian utama bagi ‘streetwear.’

BACA JUGA :   ISI RUMAH MISKIN TEGAR BAKAL DAPAT REBAT BIL ELEKTRIK RM40

Animasi ikon ini ditayangkan di YouTube sebagai langkah untuk memperkenalkan semula siri animasi yang pernah terkenal suatu masa dahulu ini kepada generasi muda sekarang yang rata-rata tidak mengetahui tentang Popeye.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here