Malam tahun baru semakin hampir. Pastinya warga tempatan sedang mencari lokasi yang strategik untuk menikmati ambang tahun baru. Jadi, bagi anda yang masih mencari kawasan yang sesuai, di sini kami akan senaraikan tempat yang pastinya memukau mata anda.

DATARAN PUTRAJAYA PRESINT 3

Sebuah pertunjukkan lampu cahaya kini diadakan secara besar-besaran di lokasi tersebut. Oleh itu, orang ramai juga dijemput hadir bagi memeriahkan lokasi ini. Tujuan cqahaya lampu terbesar ini diadakan secara besar- besaran bermula 4:30 petang sehingga 12:30 malam. Pesta ini telah pun mula diadakan bagi menyambut ambang tahun baru bermula 28 Disember sehingga 31 Disember.

Terdapat juga pelbagai aktiviti yang menarik bagi anda yang ingin ke sini. Namun begitu, setiap aktiviti yang diperkenalkan pastinya berkaitan dengan cahaya. Festival of Light and Motion Putrajaya (LAMPU) kini membawa keriangan cahaga lagi sekali di Putrajaya.

BACA JUGA :   Nak Hidup Anda Lebih Sihat Dan Sejahtera? Amalkan Produk Herba Ni

 

LAMPU bukan lagi kedengaran asing kerana sudah menyediakan perkhidmatan cahaya lampu bermula 2013. Melalui kerjasama dengan kerajaan, LAMPU antara platform untuk mencungkil bakat anak muda ke peringkat antarabangsa. Antaranya termasuklah Free Standing Structure, Building Light Effect, LAMPU Avatar Garden, Arena E-Sukan, Hologram Street dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga deretan kedai makanan atau lebih mesra dikenali sebagai ‘food truck”. Terdapat pelbagai juadah yang dijual agar pengunjung tidak perlu ke lokasi yang jauh dan sambil itu dapat menikmati pemandangan yang menarik.

BUKIT AMPANG

Kawasan yang terletak di Ampang. Bagi orang ramai, kawasan ini boleh dikatakan sebagai “tempat panas” jika ingin menyaksikan pesta bunga api menjelang ambang tahun baru. Terdapat juga kawasan parker yang percuma di deretan jalan agar dapat memundahkan lagi pengunjung yang ingin ke sini.

BACA JUGA :   Waspada Kanser Kolorektal

Selain itu, terdapat juga deretan gerai dan makanan yang dijual seiring dengan harga yang berpatutan. Bagi pengunjung yang ingin ke sini, Bukit Ampang adalah kawasan yang strategic untuk menikmati udara yang segar sambil menimkati kota Kuala Lumpur.

Bagi anda yang pertama kali ingin meraikan ambang tahun baru di lokaki tesebut, tunggu apa lagi dan jangan lepaskan peluang untuk nikmati keseronokan pesta lampu cahaya di lokasi yang berikut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here