Sabah ialah destinasi wajib untuk kaki-kaki travel. Anda akan jatuh cinta dengan Sabah kerana terdapat banyak tempat dan makanan yang menarik
#1. Kundasang
Kundasang adalah tempat yang wajib anda pergi apabila melancong ke Sabah. Jika anda pernah melancong ke New Zealand sudah pasti anda akan merasakan perkara yang sama apabila berada di Kundasang.
Kundasang yang berada di kaki pergunungan Kinabalu. Mempunyai udara yang segar serta anda akan berasa tenang dan selesa kerana tempatnya yang menghijau serta udara yang cukup sejuk. Pastikan anda membawa baju tebal kerana cuacanya begitu dingin.
#2. Pulau Sipadan
Sabah terkenal dengan pulau-pulau yang cantik. Salah satu pulau yang wajib anda pergi ialah Pulau Sipadan. Mempunyai Resort yang cukup cantik yang dibina dengan tiang-tiang yang kukuh dan tidak perlu melancong jauh-jauh ke Pulau Maldives sedangkan berada di Pulau Sipadan sudah berbaloi.
Untuk penyelam sememangnya ini adalah destinasi yang paling sesuai untuk anda menerokai kehidupan di dasar laut. Lautnya yang cukup jernih dan boleh melihat ikan besar dan penyu. Pasti anda tidak akan menyesal berada di Pulau Sipadan.
#3. Desa Cattle Dairy Farm
Tempat wajib yang anda perlu kunjungi sudah pasti Desa Cattle Dairy Farm. Cukup berbaloi dan murah. Harga bayaran masuk untuk Dewasa hanya RM5 mankala kanak-kanak RM4. Harganya begitu murah. Waktu operasi 8.00am sehingga 5.00pm.
Di sinilah tempat yang sesuai untuk merasai ala-ala berada di luar negara yang boleh anda merasai susu segar.
#4. Linopot
Nasi yang dibungkus dengan daun yang terkenal dalam masyarakat Kadazandusun. Linopot begitu sedap untuk dimakan dan begitu murah.
Nasi yang dimakan dengan ikan jeruk, rebung dan jantung pisang. Paling sedap apabila lauk ini dicicah dengan sambal bawang.
#5. Barabbo
Jika di Sarawak terkenal dengan Mee Kolok di sabah anda wajib mencuba makanan Barabbo. Ianya sejenis bubur nasi tapi mempunyai campuran jagung dan menggunakan ayam kampung.
Barabbo makanan yang ringkas dan mengenyangkan bagi anda yang kaki travel. Rasanya yang tidak terlampau manis dan dijual di setiap gerai.