Nurul Izzah hari ini mengumumkan bahawa dirinya telah pun  meletakkan jawatan daripada memegang jawatan sebagai naib presiden PKR dan turut melepaskan jawatan yang disandangnya sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.

Pengumuman mengejutkan itu telah dilakukan olehnya setelah membuat keputusan walaupun menyedari ianya bukanlah sebuah keputusan yang mudah untuk dilakukan. Nurul Izzah turut berkata bahawa pengumuman perletakkan jawatannya itu sepatutnya telah dibuat lebih awal lagi tetapi mengakui sukar untuknya.

“Perkembangan politik berlaku dengan pantas sejak sembilan bulan terakhir ini dengan pemilihan parti menyusul selepas kempen pilihan raya umum yang melelahkan,

Nurul Izzah berkata bahawa keputusannya mengenai perkara ini telah pun dimaklumkan dan diketahui oleh kepepimpinan PKR. Nurul Izzah turut menjelaskan bahawa beliau tidak akan lagi berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti. Bagaimana pun, beliau akan tetap menjadi anggota parti PKR dan akan sentiasa menjadi penyokong kerajaan di parlimen.

BACA JUGA :   Ladang Ini Tempat Wajib Anda Kunjungi Kalau Anda Penggemar Buah

“Saya juga tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti. Mengenai kedudukan saya dalam syarikat berkaitan kerajaan Pulau Pinang, ia terserah kepada pimpinan parti,

“Tugas saya sebagai anggota parlimen untuk rakyat Permatang Pauh akan diteruskan sehingga tamat penggal,” terang anak kepada presiden PKR itu lagi.

Bagi Nurul Izzah, langkah untuk dirinya melepaskan jawatan itu untuk memberikan peluang kepada dirinya untuk menilai kedudukan beliau dalam bidang politik untuk membuat keputusan yang betul.

Beliau turut mengucapkan ucapan maju jaya kepada pemimpin-pemimpin dan parti itu,

“Saya juga mengucapkan selamat maju jaya kepada pemimpin dan parti,” tambahnya lagi.

Difahamkan bahawa pelantikan pengerusi PKR negeri itu akan dilakukan oleh kepimpinan tertinggi PKR dan bakal diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden PKR.

BACA JUGA :   Belalai Air atau ‘Waterspout’ Telah 'Menyapu' Pulau Pinang

Nurul Izzah berjaya mengalahkan parti-parti lawan pada PRU-14 yang lalu dengan memenangi majoriti sebanyak 15, 668 undi selepas memperoleh 35,534 undi dan mengalahkan calon Barisan Nasional dan PAS. Kemenangan besar ini telah berjaya melayakkan dirinya untuk menjadi Anggota Parlimen Permatang Pauh.

Nurul Izzah sebelum ini pernah dikatakan bakal meletakkan jawatan yang disandangnya sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan untuk memberikan laluan kepada bapanya untuk bertanding di kawasan itu tetapi dinafikan olehnya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here