Keselamatan merupakan perkara penting walau di mana jua anda berada. Begitu juga ketika berada di jalan raya. Jika sekali anda terleka, sudah tentu membawa padah dan boleh membawa kehilangan jiwa. Penunggang haruslah fokus ketika membonceng dengan mengutamakan keselamatan penumpang. Di sini, kerajaan telah memperkenalkan lagi satu sistem baharu bagi menjamin keselamatan di jalan raya.

Menurut sumber dari Bernama, SIRIM Berhad melalui anak syarikatnya, SIRIM QAS International akan memperkenalkan label keselamatan SIRIM yang baharu lengkap dengan teknologi kod QR bagi topi keledar bermula 2019. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Shaharuddin Khalid antara yang menyokong pembuatan SIRIM baharu ini.
Pengarah Urusan SIRIM QAS International, Mohd Azanuddin Salleh berkata bahawa pengguna dapat memperolehi maklumat mengenai status pengesahan topi keledar yang dibeli di pasaran. Pengguna juga dapat memastikan ketulenan topi keledar berkenaan. Jika ingin berbuat demikian, pengguna perlu memuat turun aplikasi SIRIM QAS international ini terlebih dahulu. Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store bagi pengguna IOS dan Google Play Store bagi pengguna Andorid.
Ihsan Video: Astana International Sdn Bhd
SIRIM QAS International ini akan mula dikuatkuasakan dalam masa yang terdekat. Bagi pengumpul topi keledar mahupun penjual, anda hendaklah mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ini bagi memastikan kesemua topi keledar mempunyai ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan. Bagi individu yang gagal mematuhi arahan yang telah ditetapkan, bakal berdepan dengan risiko ditahan oleh pihak JKDM.

Tambahan, topi keledar yang menggunakan SIRIM akan menitikkan beberapa ciri keselamatan seperti penggunaan teknologi UV, teks mikro, mempunyai Paten Guillouche dan dicetak di atas kertas yang berkualiti tinggi. Topi keledar yang mnggunakan SIRIM QAS ini juga mendapat persijilan UNR22 dan emmatuhi standard Peraturan Malaysia Standard MS 1.
Orang ramai disarankan untuk memastikan topi keledar anda mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. SIRIM QAS International juga akan bekerjasama dengan JKDM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi membanteras kemasukan dan penjualan topi keledar yang gagal mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan.