Ada peminat superhero Spider-Man tak dekat sini?

Jika anda betul-betul peminat Spider-Man, pasti anda sudah hafal lah semua jalan cerita Spider-Man dari tahun 2002 sehinggalah yang paling latest sekali filem superhero ini dikeluarkan pada akhir tahun ini kan?

Jika anda betul-betul peminat hardcore Spider-Man dan ada menonton filem animasi ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ yang telah ditayangkan di pawagam pada 7 Disember yang lalu, mesti belum move on ataupun masih teringatkan lagi scene-scene filem animasi itu betul tak? Kalau anda tidak boleh move on lagi, Sony Pictures nak hadiahkan and acara baru untuk anda peminat-peminat Spider-Man untuk enjoy filem ini tau!

Untuk pengetahuan anda semua, cara baru yang diperkenalkan oleh Sony Pictures untuk anda enjoy filem ini adalah dengan membaca sendiri skrip penuh filem ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ ni! Cool kan!

Sony Pictures telah melancarkan skrip rasmi bagi filem animasi Spider-Man ini yang anda semua boleh baca di mana-mana dan bila-bila sahaja yang anda inginkan. Skrip yang mempunyai 132 muka surat ini bukan sahaja boleh dibaca secara online di seluruh dunia malah anda juga boleh download terus skrip ini untuk anda baca apabila masa lapang.

Skrip animasi Spider-Man yang dihasilkan oleh Phil Lord dan Rodney Rothman ini akan memberikan anda gambaran sebenarnya setiap perincian filem animasi ini apabila membacanya sendiri. Sesuai sangat untuk anda yang tidak suka menonton filem tetapi lebih suka membaca sendiri naskah sesebuah filem itu.

Pengumuman mengenai ini telah dilakukan sendiri oleh penulis skrip bagi filem animasi Spider-Man, Rodney Rothman menerusi laman sosial Twitternya (@rodneyrothman) semalam.

Anda jangan sangka filem animasi Spider-Man ini tidak mendapat sambutan tau kerana filem animasi ini telah mendapat banyak pujian sebaik sahaja ianya ditayangkan dan telah berjaya mendapat tangga pertama bagi filem box office di Canada dan United State dengan mengutip sebanyak $35.4 ribu yang ditayangkan serentak di 3, 813 pawagam di seluruh negara.

 Bukan sahaja berjaya mendapat tangga pertama box office di kedua-dua negara itu bahkan turut berjaya mengalahkan filem animasi Disney ‘Ralph Breaks the Internet’ daripada tangga pertama. Daripada jalan cerita, kualiti animasi sehinggalah lagu rasmi filem ini yang bertajuk ‘Sunflower’ nyanyian Post Malone, semuanya mendapat pujian dunia.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk membaca skrip filem ini, barulah boleh feeling-feeling macam berlakon filem Spider-Man betul tak? Baca skrip filem ini di SINI.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here