Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan pihak Majistret bagi melakukan satu inkuses bagi menentukan kematian anggota Bomba yang terkorban dalam rusuhan kuil baru-baru ini. Menurut sumber Bernama, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Peguam Negara sendiri, Tommy Thomas.

Melalui perbincangan yang diadakan di dalam satu pertemuan, hasil daripada siasatan berjaya memperolehi rakaman percakapan saksi, lakonan semula dan hasil bedah siasat pihak forensik akan didedahhkan di mahkhamah kelak. Ini secara tidak langsung dapat mencari suspek yang terlibat dalam kes Muhammad Adib ini.

 

“Peguam Negara telah memaklumkan kepada saya bahawa selaku Pendakwa Raya dalam menjalankan kuasanya di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah akan mengarahkan Majistret membuat siasatan (inkuses) di bawah Bab XXXII Kanun yang sama bagi menentukan sebab kematian Allahyarham”

BACA JUGA :   HINA KEMATIAN MUHAMMAD ADIB, HONDA TAMPIL MINTA MAAF

“Pihak Pendakwa Raya akan memohon kepada Mahkahamah supaya ditetapkan tarikh pendengaran dengan segera dan akan membantu Majistret berkenaan dalam menjalankan inkuses” ucap Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah dimuat naik melalui laman Facebooknya.

Negara mendapat perkhabaran yang menyayat hati apabila Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN). Muhammad Adib merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba Subang Jaya cedera parah selepas insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 Subang Jaya pada 27 November lalu.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here