Kurang seminggu lagi sesi persekolahan akan bermula dan mesti ada dalam kalangan anda yang ada anak yang akan mula bersekolah nanti. Tak kisahlah sama ada di tadika atau pun di sekolah rendah. Dan drama menangis akan berlaku!

Tapi nak berpisah untuk ke sekolah bukanlah satu benda yang susah bagi seorang anak kecil. Respon yang paling biasa apabila hendak berpisah anak dan ibu di pintu paar sekolah adalah dengan menangis!

Bila anak dah mula menangis, si ibu pun mulalah resah. Pagi-pagi anak dah menangis sebab tak nak pergi ke sekolah. Macam mana nak buat ni! Jangan risau. Kami akan memberikan tips yang berguna untuk anda para ibu mengatasi anak manangis di sekolah.

#1. Jangan Sisihkan Anak Anda.

Sebelum anak memasuki sekolah, ibu bapa akan menjadi sangat sibuk menyelesaikan pelbagai persiapan sekolah. Baju sekolah, kasut, dan pelbagai lagi persiapan. Sekali pun anda kalut dengan segala macam persiapan tu, janganlah abaikan anak anda tu.

Komunikasi yang penuh kasih sayang sangat perlu bagi anak-anak yang baru nak membesar ni. (Sumber gambar: HuffPost UK)

Sesekali, duduk bersama anak anda dan tanya apa perasaan dia apabila hendak masuk sekolah ni. Seronok? Takut? Biarkan anak anda meluahkan sendiri apa yang dia rasa. Tanya dengan suara yang paling lembut.

Mereka ini akan berlaku jujur sekiranya mereka dilayan begini. Sekiranya mereka takut, pujuk mereka sebelum mereka mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin dengan luahan perasaan itu akan mengurangkan ketakutan anak anda itu.

BACA JUGA :   Tak Tahu Nak Sambung Belajar Dekat Mana? Daulah Educonsult Akan Bantu Anda

#2. Bawa Anak Anda Kenal Jalan Di Sekolah

Antara cara lain yang boleh mengurangkan kerisauan anak anda sebelum memasuki sekolah adalah dengan membawanya ke sekolah. Mungkin sebelum ni anda sudah pun membawa anak andaa mengenal sekolah ketika hari interaksi.

Tapi kali ni, anda bawa anak anda pergi ke kawasan sekitar pintu masuk sekolah. Tunjukkan di mana dia akan diturunkan setiap pagi. Ketika ini, mulakan mainan kata memujuk anda.

#3. Banyakkan Komunikasi Dengan Anak-Anak

Hari-hari sebelum anak anda masuk sekolah ini, lebih baik kalau anda banyak komunikasi dengan anak anda. Jangan biarkan diri anda sibuk sangat dengan persiapan persekolahan. Sesekali, berilah kata-kata semangat kepada mereka.

Memasuki sekolah buat kali pertama dan berada jauh daripada ibu bapa meski pun hanya untuk 6 jam adalah satu penantian yang snagat panjang untuk anak-anak. Jadi, mereka mesti akan risau dengan suasana baharu yang akan mereka lalui nanti.

Pujuklah mereka, beritahu kepada mereka yang sekolah itu adalah tempat yang selamat. Cikgu-cikgu semua baik-baik (dan lawa) belaka. Mereka juga akan mendapat kawan baharu nanti.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Sehingga Peringkat Ijazah Sarjana Menerusi Program Madrasah Daulah.

#4. Jangan Rasuah Anak Anda!

Jangan sesekali janjikan anak-anak anda sesuatu jikalau mereka tidak menangis. Jika tidak, anak anda akan sentiasa menantikan ganjaran jika mereka tidak menangis setiap kali hendak ke sekolah.

Jikalau ganjaran itu tidak diberikan, mereka akan hilang kepercayaan kepada ibu bapa mereka sendiri. Bila anak sendiri sudah tak percaya kepada anda, mereka akan mula memberontak.

Lebih baik anda bertegas dan anak anda akan mendengar segala arahan anda daripada jalan mudah yang mungkin akan memudaratkan diri anda sendiri nanti.

#5. Tidur Awal Bangun Awal.

Antara punca anak-anak menangis sebelum nak ke sekolah dalah kerana mereka ini letih dan kurang tidur. Untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 9 tahun, mereka memerlukan tidur selama 7-8 jam setiap malam.

Kalau anak anda kurang tidur, mereka akan berasa letih. Keletihan yang mereka rasa pada pagi akan menyebabkan anak anda cenderung untuk โ€˜buat perangaiโ€™ seawall pagi lagi. Pastikan jam 10 malam, anak anda sudah tidur.

Anak anda akan memasuki alam baharu dan juga suasana baharu. Peribhan perasaan dan emosi adalh Sesutu yang normal bagi kanak-kanak seusia 5 hingga 9 tahun. Gunakan tips yang kami berikan ini dan jadilah ibu super kepada anak-anak anda!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here