Mesti ada dalam kalangan anda yang suka melepak kat tempat yang ada sambungan Wi-Fi percuma seperti di kedai kopi, restoran, hotel, atau pun di kedai mamak. Di mana ada internet percuma , di situlah kita boleh tengok ramai manusia berkerumun.

Tapi, tahukah anda bahawa menggunakan wi-fi yang disediakan di tempat awam ni sebenarnya telah mendedahkan anda kepada bahaya kepada diri dan kehidupan seharian anda.

Di tempat yang sediakan wi-fi percuma inilah penjenayah siber mengambil kesempatan untuk mencuri data yang anda kongsikan melalui sambungan yang kurang selamat ini. Bukanlah semua sambungan wi-fi awam ini tidak selamat tetapi risikonya tetap ada.

Mari kami kongsikan sedikit ancaman yang boleh terjadi kepada anda sekiranya anda menggunakan wi-fi awam tanpa perlindungan:

#1. Ancaman Men-in-the-Middle (MitM)

Antara risiko yang paling besar menggunakan wi-fi awam ini ialah Men-in-the-Middle (MitM). Ia merupakan satu perbuatan mengintip yang dibuat melalui sambungan yang dibuat daripada peranti (telefon pintar atau computer) ke pelayan internet.

Apabila data daripada peranti anda dihantar ke pelayan internet melalui sambungan internet yang tidak selamat ini, ia akan mudah dibaca oleh pengintip melalui sambungan internet ini.

Kalau anda menghantar maklumat yang sulit tanpa sebarang perlindungan, maka data anda akan dikesan dan dibaca oleh pihak yang tidak sepatutnya.

#2. Laman Yang Tidak Disulitkan

Apa itu penyulitan (encryption)? Dalam bahasa mudah, ia merupakan satu proses maklumat yang dihantar kepada anda disampaikan dalam bentuk ‘kod’ yang tidak boleh dibaca oleh sesiapa pun.

BACA JUGA :   'Apple Card' - Kad Kredit Keluaran Apple

Kebanyakan router internet yang digunakan belum diaktifkan lagi fungsi penyulitannya. Apabila ia dipasang, juruteknik yang memasang perati internet tersebut harus mengaktifkan fungsi penyulitan tersebut.

#3. Penyebaran Malware

Malware tu apa pula? Ia adalah sejenis perisian elektronik yang digunakan untuk tujuan merosakkan, mengacau, dan mencuri daripada peranti yang dipasangkannya. Bagaimana malware ini boleh masuk ke peranti anda? Melalui wi-fi percuma di tempat awam.

Bayangkan kalau telefon pintar atau laptop anda dah dijangkiti malware ini, maklumat rahsia tentang diri anda boleh dicuri dari jauh oleh penjenayah siber ini. Hidup anda tidak akan bahagia selepas ini.

#4. Snooping & Sniffing

Dengan hanya menggunakan beberapa gajet dan perisian, penjenayah siber boleh mengakses kepada laman yang anda dah lawati melalui wi-fi awam. Daripada ini, penjenayah ini boleh mendapat pelbagai maklumat sulit tentang diri anda.

Bayangkan kalau penjenayah ini boleh mengakses ke laman perbankan anda. Atau pun ke laman pengurusan pelajar? Atau ke laman pengurusan pekerjaan anda? Selamat itu dah tak wujud lagi bagi anda yang dah menjadi mangsa.

#5. Jaga-jaga Dengan Rouge Access Point

Rouge Access Point Adalah satu sambungan wi-fi yang berselindung di sebalik sambungan sesebuah syarikat tanpa izin daripada laman pengendali. Dalam bahasa mudah, sambungan yang menggunakan nama palsu.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Tawar Pengajian Ke Rusia & Indonesia

Rouge Access Point ini boleh mengelirukan pengguna kerana tidak tahu yang manakah merupakan sambungan yang betul. Kalau tersalah sambung, penyerang boleh mengakses kepada peranti pengguna dengan mudah.

Cara Untuk Kekal Selamat Semasa Menggunakan Wi-Fi Awam

  • Jangan buka laman web sensitif seperti laman perbankan menggunakan wi-fi awam.
  • Jangan aktifkan fungsi perkongsikan fail menggunakan talian yang tidak selamat
  • Akses laman web yang telah dilindungi yang bermula dengan https:// dan bukannya http://
  • Gunakan sambungan maya peribadi (Virtual Private Network, VPN)
  • Log keluar laman apabila anda telah selesai urusan.
  • Selagi tiada keperluan untuk menggunakan internet, elakkan daripada menggunakan sambungan wi-fi awam ini.

Ikhtiar Khasiat Herba Bidara Dengan Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah

Tahukah anda herba bidara bukan sahaja digunakan untuk menghalau mahluk halus tatpi juga sangat bermanfaat untuk tubuh badan?

Kini, khasiat herba bidara boleh anda dapati dalam bentuk gel mandian dengan produk Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah. Hanya yang berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Maklumat lanjut boleh berhubung melalui talian:

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here