Kejatuhan rejim Barisan Nasional dan parti UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas telah menggemparkan seluruh Asia dan dunia. Kisah bagaimana sebuah kerajaan yang bertukar kerajaan dalam tempoh sehari telah mengejutkan warga dunia.
Selepas kejatuhan yang mengejutkan itu, Barisan Nasional (BN) seolah-olah telah hilang arah dan mula mengalami beberapa kemelut hingga menyebabkan gagasan kuasa sebanyak 13 buah parti itu telah hancur dalam tempoh kurang setahun.

Parti utamanya, UMNO yang telah mengelolakan Barisan Nasional lebih 50 tahun tidak lagi berjaya mengekang parti di bawah gagasan yang sama untuk kekal di bawah panji BN apabila satu demi satu partinya telah mengisytiharkan keluar BN.
Tak cukup dengan itu, isu dalaman yang melibatkan pelbagai perkara seperti kewangan UMNO yang disekat oleh SPRM dan perpecahan ideology menyebabkan ada ahli UMNO sendiri yang bertindak keluar parti menjadi wakil Bebas atau menyertai parti lawan.
Pembangkang Dalam Pembangkang
Presiden UMNO dalam perkembangan yang paling baru telah menyerahkan kuasanya kepada timbalan presiden UMNO, Datuk Seri Muhamad Hassan kerana banyak desakan untuk beliau berundur daripada pimpinan tertinggi parti.

Walaupun menyerahkan kuasa dan tugas untuk memimpin parti kepada timbalannya, beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Presiden UMNO sehingga ada perkembangan lain.

Beliau juga berkata terdapat pakatan pembangkang dalam gagasan pembangkang itu sendiri. Dalam UMNO sendiri sudah terpisah kepada 5 kelompok yang berbeza:
- Yang menyokong perjuangan asal UMNO, mengekalkan status kuo Melayu dan tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak
- Yang mahu bergabung dengan parti daripada Pakatan Harapan.
- Yang mahu bergabung dengan sebuah parti yang bekerjasama dengan DAP.
- Yang mahu bergabung kuasa dengan parti PAS dalam blok pembangkang.
- Yang mahu membentuk satu pakatan baharu.
Penyerahan kuasa ini juga berkait rapat dengan pelbagai tuduhan yang dibuat bersabit kes pecah amanah dan rasuah yang melibatkan Zahid Hamidi sendiri yang menyebabkan pimpinan bawahan UMNO makin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
“Saya menyeru agar tiada lagi MP UMNO dan wakil kita keluar parti…”
Kebangkitan Semula UMNO
Zahid masih yakin dengan kebangkitan semula UMNO setelah menyerahkan kuasa memimpin parti kepada Muhamad Hassan. Walaupun kini hanya tinggal kira-kira 38 orang perwakilan UMNO yang tinggal dalam Parlimen.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi pula mnegganggap tindakan Zahid itu sebagai suatu yang berjiwa besar. Beliau juga berharap agar kemelut polemik kepimpinan tertinggi itu tidak lagi menjadi tumpuan dan usaha ke arah pembangunan UMNO akan diusahakan.
Ikhtiar Khasiat Herba Bidara Dengan Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah
Tahukah anda herba bidara bukan sahaja digunakan untuk menghalau mahluk halus tatpi juga sangat bermanfaat untuk tubuh badan?
Kini, khasiat herba bidara boleh anda dapati dalam bentuk gel mandian dengan produk Gel Mandian Bidara Arab Herba Rukhyah. Hanya yang berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Maklumat lanjut boleh berhubung melalui talian:
WhatsApp :
https://www.wasap.my/60132002695
https://www.wasap.my/60132882695
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor