Bagi para pengguna media sosial, pastinya anda tidak terlepas dari trend viral terbaru, iaitu trend ‘10YearChallenge’. Trend ini tidak hanya trending di Instagram, malah di laman Twitter juga fenomena ini sedang memuncak dengan ‘hashtag’ #10yearchallenge sehingga ‘trending worldwide’ di Twitter.

Trend ‘#10 YearChallenge’ yang menular beberapa hari ini sebenarnya merupakan satu cabaran untuk memuatnaik foto sepuluh tahun yang lalu yang digandingkan dengan foto terbaru sepuluh tahun kemudian, iaitu foto pada tahun 2019.

Motif cabaran ini sekadar untuk anda mengimbas kembali siapa diri anda 10 tahun lepas dan menghargai apa yang telah capai sekarang. Ia juga boleh dijadikan peluang untuk orang lain mengenali anda dengan lebih mendalam.

Cabaran #10yearchallenge ini disertai oleh semua golongan termasuk selebriti dunia, orang biasa, malah ahli politik. Semua ini berkongsi tentang diri mereka 10 tahun lalu, dan diri mereka sekarang.

Tapi, cabaran #10yearchallenge telah menarik perhatian dunia apabila pemimpin-pemimpin dunia, mangsa-mangsa perang dan para aktivitis turut melakukan cabaran ini.

BACA JUGA :   SULTAN MUHAMMAD V Letak Jawatan Serta Merta

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut serta dalam cabaran #10yearchallenge dengan memuatnaik dua gambar di laman Twitternya, membandingkan pagar pemisah antara Mesir dengan Israel, sepanjang 10 tahun yang lalu.

Lebih menarik, para aktivis yang turut memberi reaksi terhadap #10yearchallenge yang mencuri perhatian netizen di serata dunia.

Ada yang memuatnaik foto-foto beberapa ibukota Arab dari Libya, Syria, Yemen dan juga Iraq, 10 tahun lalu sebelum perang memusnahkan bandar-bandar tersebut.

Aktivis dari Sudan telah memuatnaik gambar peta negaranya pada tahun 2009 dan membandingkannya dengan peta semasa selepas pemisahan Selatan Sudan padan tahun 2011.

Institusi kemanusiaan juga ikut serta dalam cabaran ini, dengan Persatuan Antarabangsa Palang Merah di laman Twitternya, dua foto Basel dimuatnaik, seorang kanak-kanak lelaki dari Aleppo, 10 tahun berlalu.

Foto pertama menunjukkan Basel kecil yang duduk di atas kerusi, sementara imej yang menyertainya, yang menggambarkan seorang remaja muda dalam posisi yang sama, tangan kanannya dipotong.

BACA JUGA :   Page Ni Mendidik Masyarakat Tentang Sains Secara Santai dan Sempoi

Cabaran 10 tahun mengenai iklim dunia juga turut popular dan tular. Akademi SDG, satu inisiatif PBB telah menerbitkan dua gambar glasier Rhone di Pergunungan Swiss dari 2008 dan 2018.

Akademi SDG, di laman Twitternya mengatakan cabaran 10 tahun yang sebenarnya ialah perubahan iklim.

Selain itu, Planet Love Life, sebuah organisasi yang didedikasikan untuk pemuliharaan hidupan dan lautan marin memuatnaik dua gambar terumbu karang, satu sihat dan terang warnanya, dan satu lagi kelabu dan mati.

Katanya terumbu karang pada kadar yang membimbangkan di seluruh dunia dan ia memerlukan bantuan kita.

Mereka-mereka ini telah mengambil dan membuat #10yearchallenge ini ke tahap yang lain dan berbeza. Ia telah membuka mata dunia untuk lebih bertanggungjawab dan rasional dan tindakan ini harus dipuji.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here