Prang besar? Apa itu? Dimana? Bagi anda yang tidak tahu apa itu Prang besar, ia adalah nama asal Putrajaya yang kini sedang berkembang maju menjadi bandar pintar dalam taman.
Nama Prang besar ini diberikan oleh ketua kampung (orang asli) disebabkan peristiwanya yang sanggup berperang dengan orang cina bintang tiga yang mahu merampas tanah orang asli bagi membina sebuah kem.
Jadi jom kita lihat 9 tempat menarik di Prang besar !
#1. Masjid Putra
Tidak dinafikan Masjid Putra merupakan destinasi wajib bagi setiap pelancong yang datang ke sini. Masjid Putra ini merupakan simbolik dan mercu tanda utama di Putrajaya. Yang menariknya disini Masjid ini mempunyai akses bawah tanah bagi memudahkan kakitangan kerajaan dan orang awam untuk menunaikan solat jumaat. Ramai pengantin yang gemar datang bergambar di Masjid Putra kerana keindahan tasik disekelilingnya menjadikan Masjid Putra kelihatan terapung-terapung di tasik. Tidak kurang juga pelancong luar yang menjadikan Masjid Putra sebagai “wishlist” mereka.
#2. Skyride Festival Park
Skyride festival park ini merupakan tarikan baru di Putrajaya bagi mereka yang berminat melakukan aktiviti riadah tak kira umur. Antara aktiviti di sini ialah,
Skyride Balloon
bagi anda yang tidak takut gayat atau ingin mencabar diri boleh lah cuba menaiki belon udara panas yang ketinggiannya sehingga 150 meter ke udara. Jangan risau, belon ini tidak akan naik lebih tinggi dari ini lagi sebab ia diikat ke tanah.
Sky Cruise
Gayat naik belon udara panas? Tak mengapa kerana disini juga turut disediakan bot untuk mengelilingi tasik Putrajaya sambil melihat permandangan indah dan hirup udara segar.
Sky Warrior
Bagi mereka yang minat aktiviti lasak seperti dalam rancangan tv jepun “Ninja Warrior” boleh lah mencuba di Sky Warrior ini. Yang bestnya ! bayarannya hanya Rm35 sekali masuk, Jadi anda boleh bermain dari pagi sampai malam.
Sky Kids
Yang bagusnya di Skyride Festival Park ini mereka turut sediakan tempat untuk kanak-kanak beriadah. Bayaran Rm38 seorang, walaupun bayarannya agak mahal tapi berbaloi kerana terdapat pelbagai permainan yang boleh anak anda bermain.
#3. Taman Wetland Putrajaya
Pelbagai tarikan yang akan anda nikmati jika berkunjung ke Taman Wetland Putrajaya, seperti Menara Pandang Jauh yang berketinggian 18 meter, denai semula jadi dan kolam flamingo tapi awas ! jangan sampai dikejar oleh flamingo.
Terdapat juga kawasan berkelah dan tapak perkhemahan serta tarikan menarik lain yang boleh dinikmati bersama keluarga.
Disini anda boleh pilih samada berjalan kaki, menaiki basikal yang berharga Rm10 untuk satu basikal atau tram Rm4 seorang.
#4. Taman tasik Wetland
Di taman tasik wetland terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan samaada memancing, berkayak, berkanu serta menaiki “paddle boat”
Bagi yang ingin melakukan aktiviti secara berkumpulan seeloknya menempah awal kerana aktiviti disitu sentiasa penuh dengan orang ramai.
#5. Putrajaya Challenge Park
Untuk peminat aktiviti “wall climbing” tak lengkap percutian anda di Putrajaya kalau tidak mencuba aktiviti tersebut di Putrajaya Challenge Park.
Bayaran masuk hanya lah Rm3 dan untuk menyewa jurulatih selama satu jam Rm30 sahaja. Jangan cuba-cuba untuk panjat sendiri ya.
#6. Astaka Morocco
Astaka Morocco ialah sebuah monumen yang bertemakan maghribi seolah-olah berada di Morocco. Pembinaan Astaka morocco adalah cetusan idea daripada perdana Menteri Malaysia kita yang terkini iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Kebanyakkan pelancong yang datang ke sini untuk mengambil gambar perkhawinan kerana reka bentuknya yang menarik. Tiada bayaran masuk yang dikenakan.
#7. Hotel Pullman
Bagi anda peminat drama MonaLisa yang ditayangkan di Astro Ria, anda boleh datang ke hotel pullman Putrajaya yang bertaraf 5 bintang untuk merasai keindahan disini yang dihiaskan dengan tema etnik unik.
Di Putrajaya juga terdapat tempat makan yang menarik dan sedap, antaranya.
#8. Medan Selera Putra
Bagi anda yang alang-alang melawat Masjid Putra tak sah jika anda tidak merasakan masakan dan juadah di Medan Selera Putra. Lokasinya hanya di Bawah Masjid Putra, sambil menjamu selera anda juga boleh menikmati permandangan di tepi tasik. Harga nya juga amat berpatutan.
#9. Indus Putrajaya
Indus Café Putrajaya yang mengabungkan makanan tempatan dan juga “western” menjadikan tempat ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan. Makanan disini sentiasa diberikan rating tinggi disebabkan makanan nya yang sedap, disajikan dengan kuantiti yang banyak serta menarik. Jadi bagi mereka yang datang ke Putrajaya ini adalah tempat wajib untuk menjamu selera.