Untuk anda yang kaki ‘island hopping’ ini mesti sudah menjejakkan kaki ke banyak pulau-pulau yang ada di dunia kan? Ia pastinya memberikan kepuasan untuk sesiapa sahaja yang berminat dengan pulau-pulau ini.
Sebenarnya terdapat banyak lagi pulau-pulau yang kita sendiri tidak tahu ianya wujud termasuklah pulau-pulau yang ada di Mesir. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya Mesir juga mempunyai banyak pulau-pulau yang sangat cantik tetapi ianya kurang diberikan perhatian.
Apa kata jadikan Mesir sebagai destinasi untuk anda island hopping selepas ini?
#1. ZAMALEK (GEZIRA ISLAND)
Gezira merupakan sebuah pulau di Sungai Nil yang terletak di pusat bandar Kaherah, Mesir. Bahagian selatan pulau ini mempunyai Daerah Gezira dan utara ketiga pulau ini pula mempunyai Daerah Zamalek.
Semasa di bawah pemerintahan abad-19 Khedive Ismail, pulau ini pertama kalinya dipanggil ‘Jardin des Plantes’ yang bermaksud ‘Taman Tumbuhan.’ Pulau ini amat terkenal dengan koleksi eksotik hebat yang dihantar dari seluruh dunia.
#2. MAHMYA ISLAND
Jika anda merupakan seorang yang sangat sukakan aktiviti snorkeling ke dasar laut, kami pasti anda akan terpegun dengan kecantikan dengan Mahmya Island ini. Anda boleh menikmati snorkeling di terumbu pelangi yang indah di pulau ini. Bukan sahaja sesuai untuk spot snorkeling tetapi juga untuk anda yang ingin rehatkan diri, pulau ini sangat sesuai sekali.
Jika anda bernasib baik ketika berkunjung ke Mahmya Island ini, anda mungkin dapat melihat sendiri dengan mata anda ikan lumba-lumba!
#3. FATNIS ISLAND (FANTASY ISLAND)
Fatnis Island atau Fantasy Island merupakan spot yang sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti mandi-manda dan juga berjemur. Bukan itu sahaja tau, Fatnis Island ini juga sangat popular dalam kalangan pengunjung untuk pemandangan ‘sunset’ yang sangat cantik!
#4. TIRAN ISLAND
Pulau ini terletak di pintu masuk Selat Tiran yang menghubungkan Laut Merah ke Teluk Aqaba. Ia adalah sebahagian dari Taman Negara Ras Muhammad dan Selat Tiran adalah satu-satunya akses Israel dari Teluk Aqaba ke Laut Merah.
Tiran Island ini merupakan destinasi wajib singgah anda jika anda bercuti ke Mesir kerana kecantikan perairan biru pulau ini memang boleh buat anda tidak jemu untuk melihatnya!
Anda nak tahu apa yang menarik?
Air di Tiran Island adalah 1800 m di bahagian ini dari Teluk Aqaba dan anda mungkin dapat melihat sendiri jerung, sinar manta dan ‘barracudas’ di perairan yang lebih dalam.
Ini juga merupakan salah satu spot yang sangat baik untuk anda yang ingin melakukan aktiviti snorkeling kerana ianya memang syurga buat penyelam-penyelam di luar sana.
JOM KE MESIR DENGAN DAULAH EDUCONSULT!
Siapa kata Mesir tidak ada pulau-pulau yang cantik? Mesir pun mempunyai pulau-pulau yang sangat cantik dan banyak keistimewaan alamnya yang tersendiri yang mampu membuat anda terpegun dan terpukau!
Untuk ke Mesir, kita bukan sahaja boleh menjadi pelancong yang melancong ke sana tau tetapi kita juga boleh jadikan melancong sambil belajar di sana.
Mungkin ramai di kalangan kita yang sudah lama memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi masih mencari negara yang bersesuaian untuk dijadikan destinasi. Apa kata anda jadikan Mesir sebagai tempat untuk anda melanjutkan pelajaran?
Bukan sahaja dapat melanjutkan pelajaran tetapi juga dapat melancong ke negara orang melawat tempat-tempat menarik termasuk pulau-pulau yang ada di sana!
#DAULAH EDUCONSULT UNTUK ANDA YANG INGIN BELAJAR KE LUAR NEGARA!
Anda perlukan bantuan? Tidak tahu agensi pembelajaran yang menawarkan pelajaran ke luar negara yang boleh dipercayai dan menawarkan universiti-universiti terbaik dengan yuran berpatutan?
Anda boleh pilih untuk menggunakan perkhidmatan Daulah Educonsult Sdn.Bhd yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan pelajar-pelajar Malaysia menyambung pelajaran di luar negara. Memang anda tak payah lagi ragu-ragu dengan education agent yang superb ni!
Daulah Educonsult merupakan satu organisasi yang membantu menguruskan pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara seperti Indonesia, Mesir, Poland, Bangladesh dan Rusia. Mereka hanya menawarkan kepada anda universiti-universiti terbaik yang mempunyai pengiktirafan di dunia.
Daulah Educonsult bukan sahaja membantu menguruskan pelajar untuk ke luar negara tetapi mereka turut menyediakan khidmat konsultasi secara percuma! Ya, percuma!
Jika anda masih ragu-ragu dengan course yang bersesuaian dengan kelayakkan anda, anda bolehlah mendapatkan khidmat nasihat daripada konsultan berpengalaman dari Daulah Educonsult.
BERMINAT?
Usah ragu-ragu dengan perkhidmatan yang Daulah Educonsult tawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar ke melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di luar negara.
Daulah Educonsult Sdn.Bhd merupakan agensi pengurusan pembelajaran pelajar-pelajar ke luar negara yang berpengalaman dan dipercayai. Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di talian (012-9118501).