Atlet veteran ONE Championship AJ ‘Pyro’ Lias Mansor dijangka akan muncul semula ke gelanggang dalam aksi perlawanan yang terdekat. AJ sebelum ini telah berhenti seketika bagi mendapatkan rawatan susulah disahkan menghidapi ketumbuhan di bahagian kepalanya. AJ bagaimanapun berjaya melawan penyakit yang dialaminya selepas menjalani pembedahan dan mengulas bahawa ianya satu keajaiban.

AJ mula disahkan mengidap ketumbuhan di bahagian kepala tiga tahun yang lalu sebelum mendapatkan rawatan susulan. Atlet 43 tahun berusia daripada Sabah ini mengulas bahawa sebelum ini beliau jelas sekali tidak menyedari tentang penyakit yang berisiko membawa maut ini dan tindakan awal telah pun diambil.

Selepas sembuh sepenuhnya, beliau kini bakal beraksi semula di acara ONE Championship di Jakarta. Acara ini dijangka akan berlangsung pada 19 Januari 2019. Ini merupakan kemunculan pertama AJ selepas pulih sepenuhnya. Walaupun tempoh yang diambil untuk pulih memakan masa, AJ dapat dilihat masih bersemangat untuk beraksi di dalam gelanggang.

BACA JUGA :   Projek Empangan memusnahkan habitat Orang Utan

Sementara itu, beliau juga menjalani latihan di sebuah kem latihan yang telah ditetapkan. Antara teknik latihan yang dilakukan beliau termasuklah skil permainan dan seni mempertahankan diri. Sesi latihan diadakan di Infinity Brazillian Jiu-Jitsu (BJJ) yang bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau juga turut mendapatkan latihan daripada Sensei Takahashi Masanori di Bangsar Judo. AJ ynag juga pernah menjadi juara Malaysia Featherweight ONE Championship mengakui banyak lagi teknik yang perlu dipelajarinya. Dengan usia yag meningkat, itu bukan penghalang utama untuk merangkul semula gelaran juara.

Perlawanan kali ini akan menentang Yolan Mulia Legowa dari Indonesia. Perlawanan kali ini pastinya merupakan cabaran buat AJ jika ingin mengekalkan status juara.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here