Awal minggu ni, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada mengumumkan akan merangka sebuah undang-undang khas bagi mengatasi isu diskriminasi kaum dalam penyewaan kediaman.

Isu diskriminasi kaum dalam sewa rumah dan bilik ni dah lama berlarutan di Malaysia.  Ada pemilik kediaman yang hanya membenarkan rumah atau bilik mereka disewa hanya kepada kaum tertentu sahaja.

Menurut menterinya, YB Zuraida Kamaruddin undang-undang yang akan dikenali sebagai Akta Sewaan Rumah Kediaman itu akan mengikuti seperti yang dilakukan di Scotland dalam penyewaan kediaman. Akta baharu ini akan melindungi penyewa dan pembeli kediaman daripada isu diskriminasi.

Kalau hendak berbicara mengenai segelilntir yang terlalu memilih kaum pemnyewa dan pembeli yang akan mendiami kediaman mereka sudah lama berlaku dan ia makin tersebar apabila kejadian ini tular di media sosial.

BACA JUGA :   5 TEMPAT 'GAMPLING' YANG WAJIB ANDA PERGI

Menurut Pemilik Kediaman Pula…

Diskriminasi dalam penyewaan kediaman ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlku. Semua warga Malaysia ada hak yang sama untuk mendapat rumah untuk berlindung sama ada melalui kaedah sewa atau pun rumah yang dibeli tanpa mengira kaum.

Mereka ada alasan mereka sendiri mengapa kediaman mereka hanya dikhaskan untuk penyewa daripada kaum tertentu. Bukan kerana mereka membenci tetapi lebih kepada isu keselesaan. Ikuti antara sebab mengapa mereka hanya mengehadkan kaum tertentu untuk mneyewa di rumah atau bilik:

#1. Isu Keselasaan

Ada sebahagian pemilik kediaman hanya mahukan penyewa yang mendiami rumah mereka supaya lebih selesa dan hidup dengan tenang. Ini mungkin bagi pemilik kediaman yang menyewakan bilik.

BACA JUGA :   Kos Di Sebalik Penjagaan Panda Dari China Yang Ramai Orang Tidak Tahu

#2. Perbezaan Budaya

Bagi sebahagian pemilik kediaman, mereka lebih selesa untuk menerima penyewa daripada kaum yang sama kerana mempunyai kefahaman yang sama daripada segi budaya dan gaya hidup.

Mereka faham akan apa yang biasa dilakukan oleh penyewa daripada kaum yang sama. Kalau diterima penyewa daripada kaum lain, mereka tidak faham akan apa yang biasa dilakukan oleh penyewa tersebut. oleh itu, pemilik lebih gemar mengambil jalan selamat.

Apa pun alasannya, kebanyakan pemilik kediaman berpendapat bahawa kediaman mereka adalah kepunyaan mereka dan mereka berhak untuk membuat sebarang keputusan siapa yang boleh menyewa.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here