Kalau animasi daripada Malaysia, sekarang Malaysia menjadi hab utama di Asia dan dunia. Mana taknya, animasi 3D, Upin Ipin dah pun menawan hampir keseluruhan wilayah Asia.
Dah hampir 10 tahun ke udara dan menjadi hiburan kanak-kanak, ia tetap menjadi pilihan ibu bapa hingga ke hari ni. Pengaruh yang dibawakan begitu hebat, mungkin kerana ia membawakan kehidupan kampung sebagai rencah utama dalam animasi ini.
Hebat tak hebat animasi Upin Ipin ni hingga berjaya meletakkan Malaysia terkenal kerana unsur-unsur Malaysia turut diterapkan dalam animasi ini. Jadi, bila animasi ini ditayangkan di luar negara, bolehlah mat saleh tahu yang asal Upin Ipin ini daripada Malaysia.
Baru-baru ini, telah tular di beberapa laman yang mendakwa animasi Upin Ipin telah ‘diciplak’ oleh animasi daripada negeri seberang. Animasi tersebut adalah watak Burik dan Gepeng dalam siri D.O.A (Doyok Otay Ali Oncom) terbitan MPIC Animation Studios.
Watak Yang Lebih Kurang Sama
Semua orang kenal macam mana rupa Upin Ipin tu. Watak kanak-kanak yang berusia 5 atau 6 tahun dengan imej kepala botak kecuali Upin yang mempunyai sehelai rambut. Imej beginilah yang menjadi ikonik kepada watak ini.
Tapi salah satu watak dalam siri animasi D.O.A (Doyok Otay Ali Oncom) mempunyai imej yang hampir serupa dengan wimej watak Upin Ipin. Berkepala botak dengan watak yang lagi tua mempunyai rambut seurat.
Watak yang diberi nama Burik dan Gepeng ni dikatakan hampir menyerupai watak Upin Ipin. Cuma mungkin watak Burik dan Gepeng ini sedikit tinggi dan digelapkan sedikit.
Plagiat Upin Ipin?
Kerana perbuatan ‘meniru’ oleh syarikat penerbitan itu, page Facebook MPIC Animation Studios habis diserang oleh warga Malaysia yang tidak berpuas hati dengan isu plagiat ni.
Perseteruan antara Indonesia dan Malaysia ini telah lama bermula dan hingga ke hari ni, ia melibatkan isu budaya apabila ada warga Indonesia mendakwa sebehagian besar budaya Malaysia merupakan asal daripada Indonesia.
Jadi, bila berlaku iu yang melibatkan plagiat watak ni, seperti satu peluang bagi rakyat Malaysia untuk menyerang kembali dengan hujah yang lebh baik.
Ikon Malaysia Yang Takkan Boleh Ditandingi!
Setakat ni, masih belum ada sebarang penjelasan atau pencerahan yang dikeluarkan oleh Les Copague Production atau pun daripada MPIC Animation Studios sendiri berkenaan isu ini.
Betulkah MPIC Animation Studios meniru watak Upin Ipin untuk watak Burik dan Gepeng dalam animasi D.O.A (Doyok Otay Ali Oncom)? Tak jadi isu pun kerana Upin Ipin daripada Malaysia dah pun berada di kelasnya yang tersendiri.