Bau mulut memang menjengkelkan terutama apabila berhadapan dengan orang. Aroma yang keluar daripada mulut sedangkan sudah gosok gigi.
Bakteria yang dibiarkan dan sisa makanan ada yang terlekat dicelah gigi akan membuatkan nafas bau anda menjadi busuk lagi. Bakteria ini akan menyebabkan gig berlubang dan nafas busuk yang dikeluarkan daripada mulut. Bau mulut sering kali membuat anda tidak tenang. Orang disekeliling anda akan menjauhkan diri. Kelak, keyakinan diri anda akan hilang.
#1. Memberus gigi secara teratur
Tiada cara untuk menghalang daripada mulut anda berbau busuk selain memberus gigi. Namun, harus memberus gigi secara teratur iaitu minimum dua kali sehari. Cara ini mampu mencegah pertumbuhan bakteria di mulut. Pastikan tiada cebisan makan yang tersangkut di celah-ce;ah gigi.
#2. Memberus lidah dan lelangit mulut
Anda hanya memberus gigi sehingga anda lupa untuk memberus lidah dan lelangit mulut. Anda sering terlupa bahawa itu juga anggota penting. Bukan sahaja gigi yang harus diberus. Itulah tempat utama yang boleh membuatkan bakteria berkumpul sehingga menimbulkan bau mulut.
#3. Hindari makanan yang berbau
Makanan yang berbau seperti bawang, petai, durian atau makanan yang berbua mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Makanan seperti ini harus dielak untuk makan keranan akan menimbulkan bau yang busuk pada mulut.
Sekirannya anda ingin ke sekolah atau ke pejabat jangan makan makanan ini. Jika tida nafas mulut anda akan busuk dan membuatkan orang sekeliling anda tidak selesa.
#4. Jangan Merokok
Merokok juga salah satu penyebab kepada nafas anda berbau busuk walaupun anda sudah memberus gigi atau makan gula-gula. Asap rokok yang terkumpul di dalam mulut anda akan memberi kesan kepada pada gigi dan menimbulkan bau mulut yang busuk.
#5. Makan buah-buahan
Makan buah-buahan dapat menyegarkan pernafasan mulut anda. Buah-buahan banyak serat kerana menjadi pembersih yang dapat menghalang pertumbuhan bakteria sehingga terhindar daripada bau mulut.
Buah-buahan yang elok untuk di makan adalah buah-buahan yang berair seperti tembikai, jambu batu, epal, anggur dan betik.