Ramai yang beranggapan bahawa rutin memberus gigi dua kali sehari sudah cukup untuk memastikan gigi sihat dan cantik.

Tapi, adakah anda tahu berus gigi juga memainkan peranan penting dalam memastikan gigi sentiasa sihat?

Dr Iqbal Rosali berkongsi mengenai tips memilih berus gigi yang baik.

TIPS MEMILIH BERUS GIGI

Memilih berus gigi yang baik dan betul adalah penting supaya penjagaan gigi lebih berkesan. Bagaimana untuk memilih?

Berus gigi ada tiga bahagian; pemegang, kepala dan berus. Berus gigi terbaik adalah yang mudah dipegang dan selesa, saiz kepala yang sesuai dengan mulut serta mempunyai berus yang lembut.

  1. Pemegang

Untuk kanak-kanak, plilih berus gigi bersaiz kecil dan lembut. Berus gigi kanak-kanak biasanya mempunyai getah pada bahagian pemegangnya yang bersaiz sedikit besar untuk mudah digenggam dan mempunyai kepala yang kecil untuk mulut kecil mereka.

 

  1. Kepala

Berus gigi yang bagus ialah berus gigi yang runcing kepalanya supaya berus gigi dapat mermberus di kawasan-kawasan yang kecil seperti di kawasan gigi belakang.

 

Jika anda mempunyai mulut yang kecil, anda boleh gunakan saiz berus gigi yang kecil. Penggunaan berus gigi yang besar untuk mulut yang kecil adalah tidak efektif kerana terdapat kawasan-kawasan gigi yang tidak dapat dibersihkan.

  1. Berus
BACA JUGA :   AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT HINGGA HARI TUA

Pastikan berus gigi yang dipilih lembut dan halus ‘bristle’nya. Banyak syarikat pengeluar berus gigi yang mengeluarkan berus gigi yang sangat halus sehingga ada yang kurang dari 0.01 mm diameter.

Antara sebab digalakkan mengguna berus gigi yang halus adalah kerana ia tidak menghakis gigi, boleh masuk ke celah-celah antara dua gigi dengan lebih dalam dan tidak mencederakan gusi.

Sebelum membeli berus gigi, pastikan anda membaca label pada berus gigi. Ini kerana setiap berus gigi mempunyai jenis berus yang berbeza. Seperti contoh, ‘extra soft’, ‘soft’, ‘medium’ dan ‘hard’. Adalah digalakkan untuk anda memilih berus gigi ‘extra soft’ atau ‘soft’.

ANDA BOLEH JADI DOKTOR GIGI DENGAN DAULAH EDUCONSULT

Dengan perkhidmatan yang ditawarkan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah seratus peratus dipercayai. Universiti-universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult merupakan universiti-universiti ternama di luar negara dan yuran pengajian yang murah.

  1. Pembersih lidah

Inovasi berus gigi pada hari ini ialah kebanyakan berus gigi dilapik dengan satu lapisan getah ekstra di bahagian kepala berus gigi. Lapisan berus gigi ini boleh digunakan untuk membersih kawasan dalam pipi, bibir serta lidah.

BACA JUGA :   Jadikan Daging Arnab Sebagai Menu Makanan Dalam Diet.

Walaupun anda telah memberus gigi, namun kajian mendapati bahawa bakteria masih lagi tersisa kerana kawasan pipi dan lidah tidak dibersihkan. Penggunaan berus gigi dengan pembersih lidah ini boleh membantu.

  1. Jangan kongsi berus gigi

Ewww! Anda tak geli ke?

  1. Tukar berus gigi setiap 3 bulan

Apa yang penting ialah penggunaan berus gigi yang efektif. Tukar berus gigi anda apabila berus gigi anda sudah buruk atau berusnya sudah tidak lurus lagi.

 

Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu berebut tempat untuk belajar ke luar negara kerana Daulah Educonsult adalah agensi yang membantu anda menguruskan pengajian ke luar negara dan anda telahpun mendapat tempat ke universiti yang anda inginkan serta sesi konsultasi secara percuma!

BERMINAT?

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk menjadi doktor gigi atau dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form (https://docs.google.com/forms/) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di (019-943 949) untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here