Ramai memasang impian untuk mempunyai perniagaan sendiri. Itu termasuk dengan pelbagai bidang yang anda ceburi. Bagi anda yang menyambung pengajian dalam bidang perubatan, anda juga mampu membuka empayar anda sendiri.

BUKA KLINIK SENDIRI?

YA!

Ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi membaktikan diri kepada masyarakat. Namun begitu, masa yang diambil sebelum membuka klinik sendiri juga perlu diambil kira. Apabila anda sudah memasuki alam pekerjaan yang semakin mencabar. Kehidupan peribadi anda secara tidak langsung akan terbatas.

Menjadi doktor di sektor kerajaan dalam tempoh 10 tahun yang pertama membolehkan anda mengumpul wang sebelum membuka klinik sendiri. Namun begitu, terdapat juga cara lain seperti ‘overtime’ dan banyak lagi.

Bagi pelajar yang baru sahaja menghabiskan pengajian perubatan, perjalanan membuka klinik memakan masa namun berbaloi. Selepas memperkenalkan Undang baharu iaitu AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 (Akta 586).

Akta ini diperkenalkan bagi memperketatkan segala perundangan mengenai perubatan jika anda membuka klinik sendiri. Terdapat juga beberapa dokumen yang diperlukan sebelum dibuka oleh doktor yang bertauliah dan berdaftar.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Pendaftaran Kemasukan Kepada Pelajar Untuk Sambung Belajar Di Rusia.

Antara kelebihan yang diperoleh jika membuka klinik sendiri adalah anda menyediakan klinik di lokasi yang berdekatan dengan kediaman penduduk. Lokasi klinik juga memainkan peranan penting. Bukan ingin mengambil kira secara untung, tetapi perkhidmatan perubatan yang dapat diberikan tepat pada masanya.

Perkhidmatan asas seperti seperti pemeriksaan yang biasa sudah sepertinya banyak ditawarkan di klinik biasa. Terdapat juga klinik yang tidak menawarkan perkhidmatan seperti ini. Ini merupakan antara kelbihan yang ditawarkan jika anda membuka klinik. Jika terdapat doktor wanita di klinik anda, ini pastinya memudahkan bagi ibu mengandung utuk mendapatkan perkhidmatan di sini.

Jika klinik anda menawarkan perkhidmatan 4D, sudah pasti banyak lagi profit yang ditawarkan di klinik anda berbanding klinik lain.

Ubatan yang disediakan di klinik anda juga memainkan peranan penting. Bagi pesakit yang menggunakan khidmat di klinik anda pastinya mengharapkan penyakit mereka cepat sembuh. Kesimpulannya, jika anda membuka klinik, ubatan di sana juga perlulah bagus dan sesuai buat pesakit.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pelajaran Dalam Bidang Perubatan Di Luar Negara Menerusi Daulah Educonsult.

Kos renovasi juga bergantung kepada cara anda ingin mencantikkan klinik anda. Sekiranya anda inginkan klinik yang sedap mata dipandang, kos renovasi kemungkinan menelan belanja sehingga RM 50,000 dan ke atas.

Bagi anda yang baru sahaja menamatkan pengajian perubatan, perjalanan anda masih lagi jauh. Jika anda ingin menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Boleh sahaja hubungi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult sebuah agensi yang menguruskan pelajar untuk menyambung pengajian ke luar negara.

Terdapat banyak bidang pengajian yang ditawarkan antaranya perubatan, pra-perubatan, farmasi, veterinar, pengajian Islam, teknologi maklumat, dan engineering.

Bagi anda yang berminat untuk ketahui lebih lanjut, boleh terus mendaftar di sini. Manakala jika anda ingin berurusan melalui aplikasi “Whatapps” boleh hubungi kami di sini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here