Bila ada sesuatu kematian, banyaklah urusan yang perlu diuruskan untuk memastikan semua persiapan akhir si mati dapat diselesaikan sebelum ia dikebumikan. Bermula daripada pendaftaran kematian hinggalah menempah kubur.

Tak cukup dengan urusan pengebumian, selepas kematian juga ada perkara yang perlu diselesaikan seperti kebajikan waris seperti anak, suami, atau isteri yang ditinggalkan. Ini belum termasuk urusan pembahagian harta milik si mati.

Leceh? Menguruskan kematian bukanlah satu tugas yang mudah! Belum termasuk lagi trauma dan kesedihan yang terpaksa dilalui oleh waris terdekat si mati.

Tapi, tahukah anda ada lagi urusan yang perlu diselesaikan selain daripada harta fizikal yang dimiliki oleh si mati. Zaman kini, data peribadi dalam bentuk digital juga dianggap oleh sebagai harta peribadi milik si mati yang perlu diuruskan dengan betul.

Data peribadi seperti akaun media sosial, maklumat bank, data e-perdagangan, dan lain-lain akaun digital merupakan antara data digital yang harus ‘dilupuskan’ dengan betul supaya ia tidak disalah guna oleh pihak yang salah.

Menguruskan si mati berlarutan hingga ke alam siber. (Sumber gambar: Pengajaran Dari Alam)

Dalam artikel ni, kami akan berikan kepada anda cara-cara untuk melupuskan data peribadi milik orang yang telah meninggal dunia mengikut jenis dan di mana data-data tersebut digunakan.

#1. Kad Kredit Dan Kad Debit.

Sejurus selepas kematian, anda perlu segera mengumpulkan segala kad kredit dan kad kredit yang dimiliki oleh si mati. Penting juga untuk anda memiliki maklumat peribadi si mati seperti alamat, nombor telefon, kad pengenalan, dan paling penting, SIJIL MATI.

BACA JUGA :   Ikuti Tiga Cara Semulajadi Ini Untuk Pulih Penglihatan
KAd kredit dan debit merupakan antara banyak data peribadi banyak digunakan. (Sumber gambar: Upgardded Points)

Dah kumpulkan segala maklumat peribadi, bolehlah hubungi pihak bank yang berkenaan dan bolehlah bertanya apakah prosedur untuk melupuskan data yang disimpan. Lain bank, lain prosedurnya.

#2. Paypal

Paypal merupakan antara platform pembayaran dalam talian yang digunakan untuk urusan di luar negara. Ia biasanya dihubungkan dengan akaun bank penggunanya. Ada 2 cara untuk melupuskan akaun dan data Paypal bagi yang telah meninggal dunia.

Jika anda tahu tentang e-mel dan kata laluan akaun Paypal si mati:

  • Keluarkan semua duit yang disimpan dengan menekan butang ‘Withdraw”
  • Pergi ke bahagian ‘My Settings’ dan tekan pada bahagian ‘Close Account’ dan teruskan seperti biasa dri situ.

Jika anda tidak mengetahui butiran akaun Paypal si mati:

Anda perlu menghubungi pihak Paypal dengan utir-butir peribadi si mati seperti nombor kad pengenalan, sijil mati dan pengesahan yang anda merupakan pemegang amanah atau waris si mati.

#3. Facebook

Hmpir semua orang pada zaman sekarang memiliki sekurang-kurangnya 1 akaun Facebook untuk tujuan bersosial. Tapi apabila pemilik facebook tu sendiri dah meninggal dunia, apa yang boleh dibuat untuk melupuskan segala bentuk data di situ?

BACA JUGA :   Sambung Belajar Ke Luar Negara Dengan Daulah Educonsult!

Di Facebook Help Centre, ada bahagian yang membolehkan anda menguruskan data—data dan akaun peribadi milik si mati. Anda boleh terus klik DI SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Bagi yang masih hidup, anda boleh tetapkan seorang yang anda percayai untuk menguruskan akaun anda seandainya anda telah meninggal dunia nanti. Hanya pergi ke bahagian Settings/Tetapan>Security/Keselamatan>Legacy Contact dan anda boleh pilih siapa yang akan bertanggungjawab menguruskan akaun anda selepas kematian.

#4. Instagram

Instagram mempunyai proses yang hampir sama dengan Facebook. Anda boleh melaporkan akaun yang pemiliknya telah meninggal dunia. Atau pun, anda boleh klik DI SINI untuk memadamkan terus akaun dengan beberapa dokumen seperti:

  • Sijil kelahiran si mati
  • Sijil mati si mati
  • Dokumen bertulis yang membuktikan anda adalah mewakili si mati atau waris si mati

#5. Twitter

Di Twitter, anda harus mengisi borang online tertentu (KLIK SINI) untuk membolehkan anda memadamkan akaun Twitter si mati. Seperti baisa, anda perlu menyediakan beberapa dokumen seperti sijil mati dan salinan kad pengenalan anda.

Diharapkan panduan yang telah kami berikan ini mampu menguruskan data digital peribadi milik si mati. Ini juga merupakan satu cara untuk memudahkan perjalanan arwah kelak.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here