Cuti yang paling panjang yang boleh diberikan sesuatu syarikat kepada pekerja adalah cuti bersalin. Kalau kakitangan kerajaan, cuti sehingga 3 bulan akan diberikan kepada mana-mana penjawat yang bercuti bersalin.

Kalau syarikat swasta pula, mungkin lagi lama atau kurang daripada tempoh tu. Lagi teruk, ada yang cutinya tak bergaji langsung! Jadi, dah jadi seakan satu dilema untuk para ibu yang bekerja swasta untuk mempunyai anak.

Tapi, ada satu syarikat ni telah menghapuskan pandangan bahawa syarikat swasta tidak mesra ibu mengandung dengan memberikan cuti selama 6 bulan berturut-turut. Dengan gaji!

CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), antara gergasi perbankan di Malaysia merupakan syarikat yang telah diiktiraf sebagai antara syarikat yang terbaik di Malaysia dan juga di Asia kerana pelbagai polisi yang mesra pekerja yang telah diperkenalkan.

BACA JUGA :   Amalkan Ini Jika Mahu Dipermudahkan Segala Urusan.ย ย ย ย ย ย 

Tahun lepas, CIMB telah menawarkan cuti bergaji selama sebulan kepada mana-mana pekerja lelaki yang akan menimang cahaya mata buat kali pertama.

Datuk Hamidah Naziadin, Pengarah CIMB Group Holding Berhad bersama ibu muda. (Sumber gambar: NST)

Tambahan untuk cuti bergaji selama 6 bulan ini, ibu yang mengandung juga boleh bercuti sebulan awal daripada tarikh jangkaan bersalin untuk memudahkan segala urusan mereka nanti.

Manfaat cuti ini adalah sebahagian daripada CIMBโ€™s Staff Rejuvenation Programme. Yang juga membolehkan pekerja CIMB bercuti sehingga setahun untuk memastikan anak yang dilahirkan boleh dibesarkan dengan lebih baik.

โ€œManfaat ibu bersalin yang telah diperbaharui ini, beserta cuti sebulan yang telah sedia ada adalah antara satu langkah yang menyeluruh dari aspek sumber manusia. Dengan mengiktiraf pelbagai keperluan yang perlu oleh pekerja mengikut fasa ย kehidupan para pekerja dan meraikan budaya keibubapaan yang bagus bagi keluarga baharu dalam kalangan pekerja kamiโ€ฆโ€

Pengarah CIMB, Datuk Hamidah Naziadin

Menurut beliau lagi, manfaat ini juga akan diperluaskan ke seluruh syarikat dalam masa akan datang dan bukan sahaja kepada pekerja bank CIMB.

BACA JUGA :   Jom Belajar di Mesir !

Disebabkan polisi-polisi seperti ini, CIMB menjadi antara syarikat swasta yang bakal menawarkan cuti bersalin paling lama buat ibu yang mengandung kali pertama. Sedangkan syarikat swasta lain mash lagi agak kedekut dalam memberikan cuti walau puj untuk cuti bersalin.

Cuti bersalin yang lebih lama telah lama diperjuangkan oleh aktivis buruh di Malaysia. (Sumber gambar: Tutorial Hijab Untuk Muslim)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here