Bagi anda masih masih belum habis meneroka Malaysia, apa kata kali ini berkunjung pula ke Terengganu Darul Iman. Terengganu merupakan antara destinasi menarik yang wajib dikunjungi. Di sini kami akan senaraikan beberapa kawasan yang menarik untuk anda kunjungi.

MASJID KRISTAL

Masjid ini mula dibuka pada tahun 2008 dan mampu memuatkan kapasiti seramai 1,500 pada suatu masa tertentu. Terletak di Pulau Wan Man dan diperbuat daripada Kristal dan cermin ini menelan belanja RM 23 juta.

Bagi anda yang ingin menunaikan solat di sini, pastinya anda terpegun dengan keindahan seni bina di sini. Jangan lupa juga untuk mengabdikan gambar di sini bersama yang tersayang.

ISTANA MAZIAH

Istana ini pastinya akan menarik perhatian anda kerana kekemasan dalam seni bina. Bagi anda yang bercuti di Kuala Terengganu, pastikan anda tidak terlepas untuk berkunjung seketika di Istana Maziah.

BACA JUGA :   5 Destinasi Menarik Di Bali Yang Bakal Memukau Mata Dan Kamera Anda

Istana ini masih lagi dibuka buat orang awam dan beroperasi 24 jam. Jika terdapat sebagai upacara rasmi daripada kerabat diraja Terengganu, mereka pasti akan menggunkan Istana Maziah sebagai upacara rasmi.

MASJID ABIDIN

Masjid yang lebih mesra dikenali sebagai Masjid Putih ini terletak di Kuala Terengganu dan mula dibina pada tahun 1793 oleh Sultan Zainal Abidin III. Bangunan ini pada mulanya dibina menggunkan kayu namun diubah menjadi batu pada tahun 1852.

Masjid ini sepernuhnya bewarna putih dan pastinya menyejukkan mata yang memandang. Pastikan anda juga tidak terlepas untuk berkunjung ke sini.

WATERFRONT KUALA TERENGGANU

Ingin menikmati agin sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati pemandangan yang indah. Waterfront Kuala Terengganu adalah jawapannya. Terdapat juga deretan kedai sebagai tempat untuk santai dan menjamu selera.

BACA JUGA :   6 Bandar yang Tercantik di Indonesia

Terdapat juga Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang terletak tidak jauh daripada Waterfront tersebut. Jika anda ingin membeli ikan yang segar boleh berkunjung ke jeti ini.

BUKIT PUTERI

Jika sebelum ini, kawasan ini telah dijadikan sebagai kubu pertahanan oleh masyarakat Melayu dalam melawan musuh. Dari pandangan bukit ini, anda boleh melihat dengan jelas dari arah yang bertentangan.

Bukit ini juga boleh dikatakan agak cerun, namun anda tidak perlu risau mengenai perkara itu kerana pihak pengurusan telah menyediakan escalator bagi memudahkan anda untuk menaiki puncak. Kawasan tarikan pelancong ini dibuka setiap hari kecuali hari Khamis.

Banyak lagi tempat menarik yang terdapat di Terengganu yang wajib anda kunjungi bersama keluarga.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here