Sejak kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak sering dilihat banyak berkongsi kan aktiviti seharian di laman sosialnya “facebook” . Hampir setiap hari, ada saja “posting” terbaru yang berjaya menarik perhatian netizen.
Sebentar tadi Dato Seri Najib baru sahaja selesai “facebook live” di Kampung Sungai Ruil. Melalui kenyataanya di “live” tersebut. Beliau berasa sangat gembira dan tidak menyangka akan disambut dengan meriah oleh penduduk disitu.
Tambahnya lagi tujuan kedatangan beliau di kampung tersebut adalah ingin memberi sokongan yang padu terhadap Menteri Besar, Ramli Md Nor yang merupakan bekas pengawai kanan polis.
Kata Dato Seri Najib “buat pertama kali dalam Malaysia berpeluang mencatit sejarah Malaysia, dimana seorang tokoh orang asli, seorang yang berkelulusan tinggi, sarjana kedoktoran, seorang bekas pengawai tinggi polis yang mewakili darah daging orang asli”. Beliau juga berharap agar penduduk tidak salah memilih calon.
Selain itu, Beliau juga turut memperingati kisah tanah runtuh yang berlaku pada kampung tersebut ketika tahun 2011 yang lalu, telah mendapat peruntukkan sebanyak RM 44 juta.
Siapa yang komen “kenapa dulu tak jumpa orang asli” semalam, sila ikut Live saya ini di Kampung Sungai Ruil -Kata Dato Seri Najib