Pada Sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur dulu, terlalu banyak atlet yang telah membanggakan negara kita. Puluhan pingat dah pun disumbangkan dengan kudrat dan kehebatan para atlet negara ini.
Setelah hampir 2 tahun berlalu, para atlet yang pernah menyumbangkan pingat kepada negara kita kini terpaksa bekerja sendiri selepas kintrak mereka ditamatkan oleh Majlis sukan negara (MSN) pada tahun 2018.
Atlet berbasikal, Shukor Farhan yang dahulunya pernah mendapat pingat emas bagi pasukan negara ketika Sukan Para ASEAN 2017 di kuala Lumpur dulu kini terpaksa menyara kehidupan dengan berniaga kecil-kecilan selepas bersara tahun lepas.
Beliau bersara kerana kontraknya telah ditamatkan oleh MSN kerana masalah prestasi dan juga masalah disiplin. Dia sendiri tidak menyangka untuk bersara begitu awal daripada dunia sukan.
“MSN kata mereka ada rekod disiplin, tetapi saya tidak pernah lihatpun. Apakah saya tidak serius sewaktu latihan? Sebagai atlet kita hendak berjaya dan sentiasa bersungguh-sungguh sewaktu latihan,” katanya. (Sumber: FMT)
“Saya menyasarkan untuk jangka masa panjang dalam bidang sukan, memang minat saya ke arah itu. Memang saya tidak jangka umur 22 tahun sudah bersara, sedangkan sudah mewakili negara seawal usia 17 tahun,”
Tak Ambil SPM Semata-mata untuk Beraksi di Sukan Asia.
Kerana ingin beraksi di Sukan Para Asia di Korea Selatan dulu, dia diminta oleh jurulathnya dan juga MSN untuk tidak menduduki peperiksaan SPM. Alasan yang diberi, tempoh peperiksaan dan acara sukan yang sangat dekat.
Keputusan itu bagi memudahkan beliau untuk fokus dengan latihan yang diikutinya. Walau pun beliau bersungguh-sungguh dalam semua latihan yang diikutinya, beliau seakan diabaikan oleh MSN dan tahu-tahu saja sudah ditamatkan kontrak.
Beliau kini yang berniaga jambu di sebuah gerai di TTDI Jaya, Shah Alam dan juga mengusahakan kedai gunting rambutnya sendiri kini masih bergelut dengan kewangan ditambah lagi dengan kehadiran cahaya mata Februari nanti.
Kemalangan Dijadikan Alasan Tamat Kontrak
Seorang lagi atlet berbasikal, Mohd Nur Syafiq suhaimy yang juga telah ditamatan kontrak kerana dianggap tidak mampu lagi untuk beraksi selepas mengalami kemalangan sehari sebelum kejohanan Para ASEAN tahun lepas.
“Kontrak saya tidak disambung atas alasan kaki patah kerana kemalangan. Mereka (MSN) kata saya sudan tidak boleh “perform”. Mana janji MSN dahulu yang mereka tabur, kononnya hendak berikan pekerjaan, kini semua hanya tinggal janji.
“Apabila tamat kontrak habis macam tu sahajalah, tidak ada pampasan, pencen atau sebagainya. Saya sendiri tidak boleh kata apa-apa. Apa yang mereka lakukan saya malas hendak bantah,”
Selepas beliau ditamatkan kontrak, beliau telah mencuba pelbagai pekerja semata-mata untuk meneruskan kehidupan termasuklah membantu Shukor Farhan di gerai jambu miliknya.